2/12/2010

HAKIKAT

HAKIKAT
Apabila seseorang yang menjadi murid itu sampai kepada tujuan makrifah Allah Ta`ala iaitu Musyahadah akan Nur Tajalli Allah. Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa Tajalli itu barang yang nyata bagi hati seseorang itu daripada cahaya Alam Ghaib dan di sana dia dapat faham hakikat segala perkara, seperti musyahadah akan Asma’ Dan Sifat dan juga Zat Allah Ta`ala dan dapat memahami rahsia Al-Quran dan mendapat yang tidak boleh dapat dengan usaha dan belajar.
Ketiga-tiga perkara itu tiada boleh terasing sama sekali iaitu Syariat, Tariqat Dan Hakikat kerana Tariqat Dan Hakikat tiada boleh betul dan boleh didapati dengan tiada adanya Syariat. Begitu juga dengan Syariat, tiada akan adanya nilai sekiranya tiada ada Tariqat Dan Hakikat.
Inilah sebabnya Ulama Muhaqqiqin berwasiat dengan katanya:
“Syariat dengan tiada adanya Tariqat adalah kosong manakala Tariqat dan Hakikat dengan tiada adanya Syariat adalah tiada sah”
Seorang yang beriman itu meskipun tinggi darjatnya dan dia sudah naik ke pangkat wali, maka tiada akan gugur daripa- danya undang-undang Syariat. Dia wajib melaksanakan setiap
perkara yang difardhukan ke atas dirinya sepertimana yang ter-kandung dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah.
Sesiapa yang menyangka bahawa apabila seseorang itu telah menjadi wali atau telah sampai hatinya kepada Hakikat Musyahadah akan Allah Ta`ala lalu digugurkan baginya segala undang-undang Syariat, maka sesungguhnya sangkaan yang demikian itu adalah sangkaan orang yang sesat dan ia menye-satkan pula orang lain.
Sesungguhnya Nabi-Nabi pun tiada gugur perintah Syara’ daripadanya, masakan pula wali-wali yang darjahnya lebih ren-dah daripada Nabi-Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam itu sendiri.
Setelah mengetahui serba sedikit berkenaan dan kedudu-kan Syariat, Tariqat Dan Hakikat, sekarang marilah kita menge-tahui pula apakah perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang murid itu dan sesungguhnya perkara yang tiada asing lagi bagi murid itu, terpaksalah ia mengikuti dan menghiasi dirinya dengan segala perkara undang-undang Syariat kerana dengan itu akan bercahayalah hatinya dan hilanglah kegelapan yang bertapak di jiwanya lantaran ditutupi oleh najis maksiat.
Dan ketahuilah bahawa segala rupa kedurhakaan kepada Allah Ta`ala itu adalah maksiat dan maksiat itu adalah satu kegelapan iaitu zulmah dan zulmah itu akan mengalir masuk (meresap) dan bertapak di hati. Begitulah juga dengan taat ia itu segala perkara rupa Bakti kepada Allah Ta`ala itu adalah
satu cahaya yang juga dapat mengalir masuk dan bertapak dihati manusia.
Andainya cahaya Syariat sudah ada pada hati murid itu, maka hati murid itu akan bercuaca dan ketika itu amat layaklah bagi murid itu masuk dan berada di atas jalan (Tariqat) untuk menuju dan sampai kepada Hakikat (iaitu Musyahadah akan Allah Ta`ala) atau sampai kepada Allah Ta`ala.
Oleh yang demikian bolehlah difahami bahawa masuk kepada Tariqat itu adalah bererti seseorang murid itu sedang di dalam perjalanannya menuju kepada hakikat makrifat Allah Ta`ala dan sesungguhnya bagi mereka yang telah sampai hatinya dan amalan hidupnya kepada Allah Ta`ala itu baginya adalah mempunyai Tariqat (jalan) yang tersendiri. Tariqat itu ada namanya yang bermacam-macam dan berbagai-bagai lagi diantaranya ialah:
a. Ada setengah orang yang hatinya sampai kepada Allah Ta`ala dengan melalui wirid-wirid atau beribadat dengan ibadat sunat.
b. Ada setengah orang yang lain pula hatinya sampai kepada musyahadah akan Allah Ta`ala dengan menjadi khadam gurunya yakni ahli-ahli Sufi atau berguru kepada ahli-ahli sufi yang melazimkan pada babnya.
c. Setengah orang pula yang hati mereka sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan berusaha bekerja menggunakan tenaga fikiran dan hasilnya peker-jaan itu diletakkan semata-mata mengabdikan diri kepada Allah Ta`ala serta dimanfaatkan pula kepada yang memerlukannya.
d. Setengah orang pula hatinya sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala melalui mengajar, mendi-dik, menunjukkan manusia dengan ilmunya yang benar-benar faham diatas Aqidah, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta serta membina manusia mengikut contoh Nabi Muhammad S.A.W. dalam ilmu dan amalnya baik dari segi hak-hak kehambaan mahupun hak-hak ketuhanan dan bermacam-macam lagi akan tetapi yang akhir inilah yang paling utama kata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta`ala ‘Anhu.
Orang yang termasyhur dikalangan penghuni langit dengan nama Azhima (iaitu mempunyai darjat kebesaran dan keutamaan) kerana ianya tiada ubah seperti matahari lantaran dirinya bercahaya (cerah) dan memberi cahaya kepada orang lain atau dengan kata perumpamaan yang lain ialah tiada ubah ia sepertimana kasturi lantaran dirinya sudah harum dan mengharumkan orang lain pula.

No comments:

Post a Comment