3/14/2011

SERUAN di AKHIR ZAMAN

Tak Tau siapa tulis.....

Assalamualaikum wbt. SAUDARA KU ……….AKU berpesan pada DIRI ku dan DIRI kamu sekelian
Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya,kaum kerabatnya,keturunannya,para sahabat baginda,para tabiin-tabiin,para mujadid dan seluruh kaum muslimin.

Artikel kali ini adalah untuk ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akan kospirasi dunia hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w 1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amalan buat menghadapi dunia yang kian tua ini.

Sering saja kita melayari 'blog-blog' yang memaparkan berbagai bentuk konspirasi dunia hari ini dan berbagai juga maklumat baru yang diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga kerapkali mendengar akan hal Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islam semakin menyinari dan telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu kita tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di mana carta kejatuhan penganut Ugama Islam dan juga carta kejatuhan moral di kalangan Umat Islam terutamanya di negara kita, yakni Malaysia amat membimbangkan. Agaknya bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan masyarakat kita hari ini ?Sebagaimana yang telah disabdakan oleh baginda Rasul...

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.



Pesanan baginda ini dapat kita perhatikan sekarang dan ianya semakin menjadi-jadi dan perkara ini amat merisaukan kita. Masjid tersergam indah tetapi jauh dari hidayah ALLAH dengan berleluasanya maksiat bahkan pernah dipaparkan di dalam dada akhbar mengenai di perkarangan masjid turut menjadi sarang maksiat. Betapa malunya kita apabila saudara seagama yang melakukan perkara sebegini. Kita lihat pula hadis ini..

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata,Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, " Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya," Ya Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab," Siapa lagi kalau bukan mereka ".Hadis Riwayat Muslim


Para musuh Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mendapat hidayah ALLAH ,hidayah yang dapat mencegah perkara fahsya dan mungkar. Mereka tidak akan jemu merosakkan kita,jadi di sinilah perlu kita lihat sejauh mana yang dikatakan solat yang dapat menarik hidayah ALLAh dan mencegah fahsya dan mungkar . Sebagaimana firman ALLAh yang bermaksud...

Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang fahsya dan mungkar

Di dalam hadis lain pula Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.“(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)

apakah hadis yang di atas ini yang berlaku kepada masyarakat kita sejak akhir-akhir ini?

...dan amat malanglah bagi kita seandainya perkara sebegini terjadi dan perlulah kita selidiki bagaimanakah untuk kita kembali sebagaimana yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sepertimana pepatah melayu ada mengatakan 'jika tersesat dihujung jalan maka baliklah kamu ke pangkal jalan',apa yang hendak dikaitkan dengan pangkal jalan adalah cara sebagaimana Rasulullah s.a.w. mula-mula beragama dan bukankah Rasul juga pernah bersabda di dalam hadis qudsi yang bermaksud ; "bermulanya agama dengan mengenal ALLAH".

Betapa kerasnya hati ini hinggakan begitu payah menerima keadaan yang berlaku hari ini,kita lihat pula hadis ini...

“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberi mereka kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan tidak melarang pula yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Jikalau kita perhatikan pula hadis di atas ini mari kita perhatikan akan sirah Rasulullah tatkala beliau mula-mula hendak mensyiarkan agama yang di bawa beliau tatkala beliau baru balik dari Israk dan Mikraj. Masyarakat pada masa itu mengatakan yang Baginda 'gila' sama sekali dan hampir saja mereka yang baru saja hendak mengenal agama yang di bawa oleh Rasulullah ini mula hendak melarikan diri. Maka di ajukan pertanyaan terhadap Saidina Abu Bakar lalu beliau menjawab 'aku tetap yakin jikalau apa yang dikatakan itu adalah dari Muhammad'. Lihatlah begitu teguh dan yakinnya beliau terhadap Rasulullah.

Cuba kita bayangkan pula sepeninggalan Rasul terhadap kita lebih kurang 1400 tahun dahulu dan kita bandingkan Sepeninggalan Nabi Ibrahim ke zaman Rasulullah. Agak-agaknya berapa tahun yer ? Dan apakah kata-kata Abu Jahal tatkala Rasulullah menyampaikan agama yang di bawa ketika itu. Dia mengatakan yang apa yang mereka buat pada ketika itu seperti bertawaf di dalam keadaan yang menjelikkan di Kaabah adalah agama yang dibawa oleh nenek moyang mereka yakni agama Ibrahim. Dan Rasulullah juga tatkala sebelum turunnya wahyu yang pertama beliau merasakan agama yang di amalkan pada masa itu sudah jauh dari syariat agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Jadi bukanlah agama baru melainkan agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim juga cumanya pada ketika itu sudah jauh dari syariat agama yang sebenarnya seperti yang di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s tetapi mereka maseh mengatakan agama itu adalah agama Nabi Ibrahim juga.

Jadi , sudah berapa lama jarak antara kita dengan zaman Rasulullah s.a.w ? Dan hari ini kalau kita pergi ke kelab ataupun disko dan kita lihat berapa ramainya muka-muka yang sebangsa dengan kita dan di tanya mereka ini sudah tentu mereka akan mengatakan yang mereka juga beragama Islam. Dan hari ini berapa ramai pula yang akan marah jikalau kita mengatakan tentang keIslaman seseorang,bukanlah tujuan untuk menghukumkan sesiapa tetapi sekadar untuk kita bersama berusaha mengembalikan kegemilangan agama Islam yang sebenar seperti yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Musuh Islam dalam pidato pembukaannya ia berkata, "Kita tidak bisa menjaga orang yang hidup bertuhankan yang maha esa daripada pergi ke rumah-rumah tuhan mereka. Kita tidak bisa mencegah mereka membaca kitab-kitab dari tuhan mahupun utusan tuhan mereka dan mengetahui kebenaran. Kita bahkan tidak bisa mencegah mereka membentuk hubungan baik dengan penyelamat mereka. Begitupun mereka mendapatkan hubungan dengan para alim di antara mereka maka akan rosak kuasa kita atas mereka . Jadi biarkan mereka pergi ke rumah-rumah tuhan mereka; biarkan mereka menikmati juadah makan malam mereka tetapi curi waktu mereka, sehingga mereka tidak punya waktu untuk mengembangkan hubungan yang nyata dengan para alim ulama mereka. "Ini adalah apa yang saya ingin anda lakukan", . "Alihkan mereka daripada kebenaran yang sejati dari memelihara hubungan yang amat diperlukan sepanjang hari!" Bagaimanakah kita akan melakukan ini? " Buat mereka sibuk di waktu terluang mereka dan mencipta tatacara hidup yang tak terhitung jumlahnya untuk menduduki fikiran mereka, "

1.. Menggoda mereka untuk belanja, belanja, belanja, dan meminjam, meminjam, meminjam dari bank kita.

2.. Memujuk para isteri untuk pergi bekerja selama berjam-jam dan para suami untuk bekerja 6-7 hari setiap minggu, 10-12 jam sehari, sehingga mereka mempunyai gaya hidup mereka yang kosong.

3.. Jauhkan mereka daripada menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka. Sebagai memecahkan keluarga mereka dan jadikan rumah mereka sebagai tiada jalan keluar daripada tekanan kerja!

4.. merangsang minda mereka sehingga mereka tidak bisa mendengar bahawa 'masih ada suara kecil yang memanggil mereka.

5.. Memujuk mereka untuk memainkan radio atau pita rakaman mahupun cd tatkala saja mereka memandu ...dan terus menjaga akan TV, VCR, CD ,DVD dan PC mereka terus-menerus di rumah mereka dan memastikan bahawa setiap kedai dan restoran di dunia bermain muzik yang tidak berunsur keagamaan terus-menerus. Ini akan selasai permasalaahan fikiran mereka dan memutuskan ingatan mereka kepada pencipta mereka.

6.. Isi meja kopi dengan majalah dan surat khabar. Pikulkan fikiran mereka dengan berita 24 jam sehari. Menyerang mereka saat memandu dengan carta lagu kegemaran mereka . Banjiri peti surat mereka dengan longgokan persuratan, mail order catalog, loteri, dan segala macam surat berita dan promosi percuma menawarkan produk, perkhidmatan dan harapan palsu.

7.. Tetap kurus, model cantik di majalah dan TV jadi suami mereka akan percaya bahawa keindahan lahiriah yang penting, dan mereka akan menjadi tidak puas dengan isteri mereka.

8.. Menjadikan isteri mereka terlalu lelah untuk mengasihi suami mereka di malam hari. Beri mereka sakit kepala juga! Jika mereka tidak memberikan apa yang suami mereka perlukan, mereka akan mula mencari di tempat lain. Yang akan memecahbelahkan keluarga mereka dengan cepat!

9.. Berikan mereka model pejuang untuk mengalihkan perhatian mereka dari mengajar anak-anak mereka arti pembela agama yang sebenarnya.

10.. Memberi mereka Easter Bunny sehingga mereka tidak akan berbicara tentang kebangkitan dan kuasa atas dosa dan kematian.

11.. Bahkan dalam rekreasi, biarkan mereka menjadi berlebihan ... setelah mereka kembali daripada rekreasi mereka kelelahan. Jauhkan mereka terlalu sibuk untuk keluar di alam dan merenungkan ciptaan tuhan. Hantar mereka ke taman hiburan!, Kegiatan sukan, drama, konsert, dan filem sahaja.

12.. Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk! Dan ketika mereka bertemu untuk persekutuan rohani, mereka akan meninggalkan dengan hati nurani bermasaalah.

13.. Bagi mereka yang menolak semua godaan televisyen dan kegiatan duniawi, sogokkan hidup mereka dengan begitu banyak alasan yang baik bahawa mereka tidak punya waktu untuk bermohon pada tuhan. Segera mereka akan bekerja dengan kekuatan sendiri, mengorbankan kesehatan mereka dan keluarga demi kebaikan penyebabnya.

" Ia akan berhasil! Pasti akan berhasil!! "

Itu lah rencana musuh musuh yang pergi dengan penuh semangat untuk tugas-tugas mereka di mana-mana menyebabkan manusia kini tidak mempunyai masa untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka, dan mempunyai sedikit atau tidak ada masa untuk memberitahu orang lain tentang kuasa tuhan untuk mengubah kehidupan. Saya kira pertanyaannya ialah, musuh telah berjaya di dalam perancangannya ? Anda menjadi hakim! Adakah kita hari ini termasuk dalam golongan ini "sibuk" .

Semua ini adalah perencanaan musuh untuk melekakan manusia yang ingin kepada tuhan agar kita terus leka dibuai keseronokkan ciptaan mereka hinggakan kita lupa akan kebahagiaan yang kekal abadi. Perancangan ini seterusnya akan membawa kepada kealpaan mengenai tuhan hinggakan suatu masa manusia sudah tidak tahu hendak membezakan Tuhan dengan DAjjal yang dilaknat.
Oleh itu saudara ku sekelian mari lah kita bersama sama meluang kan sedikit masa kita menghadirkan diri di maslis majlis ILMU samaada diMASJID MASJID kita yang berdekatan atau menghadiri majlis ZIKRULLAH.Sekurang kurang nya dalam seminggu ada juga masa yang kita luang kan untuk menginsafi DIRI kita yang LEMAH ini .Sesungguh nya MATI ITU BENAR,SOAL MUNGKAR NANGKIR ITU BENAR,SIKSA KUBUR ITU BENAR….
Siapa kan golongan kanan itu??? SULLATUN MINAL AWWALIN WA QOLILUNMINAL AKHIRIN….banyak daripada golongan terdahulu dan sedikit daripada golongan akhir
MARI LAH KITA SAMA SAMA KITA FIKIR KAN dalam kelompok manakah kita???adakah kita dalam kelompok RAMAI yang dilalaikan oleh dunia atau kita dalam kelompok yang sedikit yang mencari akhirat yang kekal .
Mari lah ….mari lah wahai saudara ku kita bersama melakukan hijrah pada diri kita…sesungguh nya ALLAh tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nya…

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”Riwayat Hadith At-Tarmizi

1 comment:

  1. Mcm ne nak tau bahwa anda (salsabila) bkn pihak ISA???

    ReplyDelete