2/27/2013

ROH

Ketahui olehmu adalah Hati Nurani atau alam Ruh Latifurr Rabbaniah itu alam latif dan tiada padanya rupa dan warna yang dapat dilihat dengan mata kasar. Tuhan telah menjadikannya terdahulu dari kejadian jasad dua ribu tahun lamanya. Adapun pada istilah Tahqiq bahawa adalah Ruh itu beberapa namanya, 1. Ruhul Quddus 2. Ruh Idhafi 3. Ruhani 4. Ruhul Hayat 5. Ruhul Amar 6. Ruh Jamadi 7. Ruh Nabati 8. Ruh Haiwani 9. Ruh Insani 10. Ruh Kamalat 11. Ruhul Ajsad Adapun yang bernama Ruh Nabati ialah tatkala darah yang setitik maka pada alam kabir iaitu segala tumbuh tumbuhan. Ruh Jamadi itu tatkala daging yang seketul atau segumpal.Maka pada Alam Kabir ialah segala batu batu dan kayu kayan. Ruhani iaitu tatkala sudah dimasukkan nyawa padanya. Ruh Haiwani iaitu tatkala berhajat kepada makan dan minum dan jimak, maka pada alam kabir ialah segala binatang. Ruh Insan iaitu tatkala sudah zahir dari perut ibu. Ruh Kamalat iaitu tatkala bersuara menangis pada pertama pertama jadi. Roh Dan Nafas Maka adalah perbezaan roh dan nafas itu adalah roh itu batin dan nafas itu zahir. Maka nafas itu adalah kezahiran roh atau kenyataannya yang juga disebut kelakuan atau sifatnya. Yang demikian tertib Allah s.w.t. yang amat halus pekerjaanNya lagi bijaksana, dengan IradatNya menggerakkan Ruhul Amar dan Ruhul Amar menggerakkan Ruhul Hayat dan Ruhul Hayat menggerakkan Nafas dan Nafas pula menggerakkan Jasad. Maka zahirlah kelakuannya pada Jasad.

No comments:

Post a Comment