4/22/2010

Mencari Penyatuan UMAT

Yang BENAR itu nyata dan yang BATHIL itu nyata.
Apa yang pasti IMAM 12 itu adalah dari kalangan AHLUL BAIT maka hendaklah kita mengambil pendekatan berbaik sangka pada mereka dan semua sahabat termasuk juga para tabiin.tabi tabiin.dan semua ulama ,salaf ,khalaf,wali wali…dan juga semua muslimin muslimat.AKAL yang waras PASTI dapat membezakan antara HAQ dan BATHIL……SYIAH ka AHLI SUNNAH ka,PAS ka UMNO ka,PKR ka…apa pon kalau HAQ tetap HAQ….kalau BATHIL tetap BATHIL……semua NAMA itu di NAMA kan sebagai tanda perpecahan pada umat ISLAM akhir zaman yang akhir nya akan disatu kan dibawah PANJI ISLAM InsyaAllah..maka menjadi tanggung jawab kita yang mempunyai sedikit kesedaran bagi mencari jalan pada perpaduan UMAT MELAYU dan ISLAM ini.

Renung...renungkan

Siapakah kita? yang berani menentukan kriteria2 atau ciri seorang Ahlullah atau kekasih Allah... Dia (Allah swt) berhak menyukai siapa saja, sesuka-Nya. Mengatur para kekasihNya berpenampilan seperti kehendakNya. Kenapa kita berani mengatur, apalagi dengan standard yang kita buat sendiri, bahwa seorang kekasih Allah pastilah berseri-seri, ramah, selalu tersenyum? Berjubah, atau berjanggut? Lebam dahinya ,pasti hidupnya berjaya secara duniawi apalagi ukhrawi? Alangkah sombongnya kita.
Kita sendirilah yang menciptakan penghalang, filter yang kita reka2 sehingga menutup kita dari jalan kebenaran. Kita yang menciptakan ‘waham kesolehan’ sendiri. Waham, ilusi, yang justru dapat menjauhkan kita dari pintuNya. Kita telah tertipu oleh ’standard jaminan mutu kesolehan’ yang dibangunkan oleh zaman kemodenan ini.
Allah pun, dari 99 namanya, terbagi kepada dua jenis Yang ‘Jamal’ ..............atau Yang Indah , sedap kedengaranya seperti Maha Penyayang, Maha pengampun, Maha sabar, dan sebagainya. Tapi Dia juga memiliki nama-nama Yang ‘Jalal’.........atau yang keras, menyeramkan dalam sudut pandang kita, seperti Maha Pedih Siksanya, Yang Maha Membalas, Yang Maha Keras, Yang Maha Mengalahkan, Yang Maha Menghinakan, Yang Maha Memaksa, dan sebagainya.
Setiap makhluk membawa potensi kombinasi dari 99 nama-namaNya, termasuk pula para kekasih-Nya. Mengapa kita melabelkan pada diri kita sendiri bahwa ‘Kekasih Allah pastilah ramah, enak, baik, wangi, bersih, bla-bla-bla?’ kerana ada yang demikian, ada pula yang tidak. Semuanya mengikut kehendak Nya......apa mauNya ia....
Perhatikan Ayat dibawah:-
“Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh-sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar.”
Seharusnya ini cukup untuk kita renungka.....tambahan jika kita menghayati kisah2 hidup para KekasiNya yang terdahulu...seperti Kisah Nabi Syuib yang awalnya seorang yang miskin merempat hidupnya di sebuah gurun padang pasir, kisah Nabi Ayub yang hidup berpenyakit , berbau dan hidup di pasar atau mungkin juga kisah seorang pemuda yang keras sifatnya dengan memimpin pasukannya ke negara tetangga dengan menyerang , menyiksa, atau mengampuni serta memaafkan sesiapa sesuka hatinya. Akankah kita mengikutinya....kerana dialah Iskandar Dzulkarnain yang di sebut dalam AlQuran “..Hai Dzulqarnayn, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka.”.
Dan jika kita hayati kisah Rasullulah juga sedemikian....seorang pemuda yang diam, baik, suka menyendiri di bukit2 dan gua...tiba2 mengahwini janda kaya yang cantik dan akhir mengakui membawa agama baru yang menyalahi nenek moyang mereka...adakah kita mahu mempercayainya....................
Renung...renungkan

Peristiwa di Padang Karbala

Peristiwa di Padang Karbala adalah buku cerita kanak-kanak tulisan Wan Yusof Hassan, bekas pegawai penyelidik dan editor Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di zaman belum munculnya ustaz-ustaz wahabi yang kembali dari Jordan dan Saudi. Saya masih ingat buku ini dibelikan oleh ayah saya, tuan Haji Musa bin Yahya sebagai upah kerana mendapat tempat ke sepuluh dalam kelas darjah dua pada tahun 1982. Saya membacanya dengan air mata bergenang dan bertanya 'Mengapa ada orang Islam berani dan sanggup membunuh cucu Nabi Muhammad saw setelah kewafatan baginda?'

"Saudaraku semua, jangan biarkan Baginda Husin minum air sungai itu. Halanglah dia. Kiranya dia dapat meminum air itu tiada siapa lagi yang dapat menentangnya."

Apabila didengar oleh askarnya dengan segera dipanahnya baginda. Baginda Husin yang dahaga dan letih itu tidak sempat mengelaknya. Anak panah itu akhirnya mengenai leher baginda. Segera dicabut oleh baginda anak panah itu dan dibuangkannya ke dalam sungai Furat.

Baginda memekup lukanya dengan tangan kiri sambil terus mengamuk. Tentera Baginda Yazid datang dengan ramainya mengerumuni baginda. Setengah daripada aksar itu takut untuk menentang baginda. Manakala setengahnya pula malu hingga mereka berpaling - tidak sanggup menatap wajah cucu Rasulullah. Ketika itu muncullah Simirlain menyeru rakan-rakannya agar segera memancung Baginda Husin. Akan tetapi semuanya merasai suatu macam ketakutan untuk menentang baginda.

"Bunuhlah baginda, kerana aku ada bersama-sama kamu. Apa yang telah kamu lakukan hanya memusuhinya saja. Kenapakah kamu tidak sanggup untuk membunuhnya?" kata Simirlain.

"Kamu pun apa kurangnya dari kami? Kita berjuang adalah untuk mencari kekayaan. Mencari pangkat dan darjat!" jawab mereka.

"Kamu semuanya tidak begitu percaya akan kebolehanku. Nanti aku tunjukkan padamu bahawa segala kata-kataku ini akan kukotakan."

Simirlain pun segera mendapatkan Baginda Husin. Apabila dilihat oleh Baginda, teringatlah Baginda akan sabda Rasulullah bahawa orang yang akan membunuhnya keadaan mukanya hitam dan teteknya seperti tetek anjing.

Dengan tidak bertangguh lagi Simirlain pun menikam Baginda Husin pada dadanya dan lehernya terus dipenggal. Syahidlah Baginda Husin pada 10 Muharam iaitu hari Jumaat.

Ruh al-Quds

Ruh al-Quds yang dilambangkan oleh cahaya yang menyala di dalam qalbu yang juga merupakan utusan-Nya di dalam diri, yang membawa ketetapan-ketetapan hidup si nafs di dunia ini. Pengutusan rasul yang batin ke dalam inti dari nafs ini lebih dari sekadar simbol bahwa pengabdiannya diterima (diredhai). Ruh al-Quds merupakan juru tunjuk si nafs dari dalam qalb, dan nafs yang telah diperkuat dengan ruh ini akan disebut sebagai an-nafs an-natiqah (jiwa yang berkata-kata disebabkan adanya juru tunjuk dari dalam qalbunya. Ulama juga menyebut sebagai an-nafs al-muthmainah. Disebut muthmainnah karena si nafs tersebut telah stabil dalam orbit dirinya, di sini ruh tadi disebut pula sebagai yang diturunkan ke qalbu yang memperoleh kemenangan.
Rujuk ayat-ayat ini:-
“Dialah yang telah menurunkan as-sakinah ke dalam qalb orang-orang al-mu’min, agar keimanan mereka bertambah di samping keimanan yang telah ada” (Al-Fath [48]: 4).
“Apabila Allah menghendaki kebaikan (khairan) atas seorang hamba, maka diadakannya pemberi pelajaran dari qalb-nya” (Rasulullah SAW).
“Barang siapa memiliki juru-nasehat dari dalam qalbnya, berarti Allah telah memberi seorang penjaga (hafidh) atasnya” (Rasulullah SAW)
Dan
“Seandainya syaitan2 tidak mengelilingi qalbu anak Adam, nescaya mereka dapat melihat ke malakut langit” (Rasulullah SAW).