11/19/2009

Michel de Nostredame atau Nostradamus said...

In the year 1999 and seven months
from the sky will come the great King of Terror.
He will bring back to life the King of the Mongols;
Before and after, war reigns.

From the three water signs (seas) will be born a man
who will celebrate Thursday as his feast day.
His renown, praise, reign, and power will grow
on land and sea, bringing trouble to the East.

One who the infernal gods of Hannibal
will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nor the newspapers tell of worse in the past,
then will come to the Romans through Babel (Iraq).

This king will enter Europe wearing a blue turban,
he is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again.
He will be the terror of mankind.
Never more horror.

Sedikit C&P tentang Imam Almahdi

Menurut bahasa Arab pula, istilah al-Mahdi atau Mahdi bererti ‘orang yang mendapat
petunjuk’. Dari segi istilahnya pula, petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk dari Allah, iaitu sama
dengan petunjuk yang pernah diterima oleh keempat-empat orang Khalifah Rasulullah SAW dahulu.
Petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk untuk membawa seluruh manusia kepada Allah,
petunjuk dalam kepemimpinan mereka dan petunjuk khusus untuk diri mereka, yang tidak didapat
oleh sebarang-barang orang, pada sebarang-barang masa dan pada sebarang-barang tempat sahaja.
Mereka menjadi laluan untuk orang ramai mendapatkan Tuhan mereka, sehingga mereka
menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati mereka, sentiasa basah di hujung lidah
mereka, sentiasa bergerak pada setiap suku anggota tubuh badan mereka, sentiasa turun dan naik
bersama-sama turun dan naiknya nafas mereka, sentiasa hidup bersama-sama roh mereka dan sentiasa
mencahayai akal fikiran mereka. Tuhan itulah cinta kasih mereka, cinta agung mereka, malah segalagalanya
Tuhanlah yang dihadapkan, seterusnya menjadikan mereka bangsa yang tinggi imannya, tinggi
takwanya, tinggi amalannya, tinggi agamanya dan tinggi sebutannya. Perkara-perkara inilah yang perlu
diperjuangkan semula oleh kita, agar kita mendapatkannya semula, suatu permata paling berharga
yang telah sekian lama hilang dari dalam diri kita. Tenggelam ditelan oleh lubuk lumpur jahiliyah kali
kedua yang lebih dikenali oleh kita sebagai jahiliyah moden.
Juga dimaksudkan bahawa sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi itu setelah
munculnya kelak, akan diberikan petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya,
akhiratnya dan dunianya. Dan orang yang tidak mahu mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat oleh
mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah.

9/27/2009

Hikmah Nabi diisrakkan ke Baitul Maqdis

Apakah hikmah Allah SWT tidak mikrajkan Nabi s.a.w. dari Masjid al-Haram di Makkah terus ke langit, tanpa melalui Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis itu mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT, andainya Nabi s.a.w. dimikrajkan terus dari Masjidil Haram di Makkah tanpa singgah di Masjid al-Aqsa, maka sukar bagi umat Muhammad untuk memahami sejauh mana kelebihan masjid tersebut. Apabila ia dikaitkan dengan peristiwa israk mikraj dan Nabi s.a.w. mendirikan solat di masjid Al-Aqsa bersama para nabi yang lain, maka umat muslimin boleh merasai kehebatan dan kelebihannya melalui peristiwa tersebut.

Hikmah kedua Nabi s.a.w. diisrakkan ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ialah untuk menjelaskan tentang hubungan antara Nabi Isa a.s. seorang Nabi dan Rasul Allah mempunyai hubungan rapat dengan masjid tersebut, antara perkara yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai hubungan rapat dengan Nabi Isa a.s..

Berasaskan hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. bahawa kedua rasul itu membawa ajaran yang satu iaitu Islam yang berasaskan aqidah keTuhanan yang Esa. Dengan hujah dan dalil itu menunjukkan bahawa kedua-dua umat Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Isa a.s. adalah dari rumpun aqidah yang sama. Sewajarnya mereka tetap bersatu mendokong ajaran tauhid yang sama. Kerana Tuhan yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., maka Tuhan itu juga yang menurunkan wahyu kepada Nabi Isa a.s.. Dan sewajarnya juga mereka menolak aqidah treniti hasil penyelewengan para paderi yang berkepentingan.

Sebab itu dalam peristiwa israk mikraj itu Nabi diperintah singgah mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa, seolah-olah Nabi s.a.w. singgah ke rumah saudaranya Nabi Isa a.s., maka sudah sewajarnya ummat kedua-dua Nabi dan Rasul berkenaan tidak bercanggah pendapat dan jauh sekali dari sifat permusuhan. Hakikatnya bukan saja hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. sahaja, bahkan Nabi Muhammad rapat dengan semua nabi-nabi dan rasul. Kerana peristiwa israk mikraj itu juga telah menemukan Nabi Muhammad dengan nabi-nabi dan rasul terdahulu. Justeru itu umat para nabi-nabi dan rasul itu tidak patut mereka berperang sesama sendiri, memandangkan bahawa nabi-nabi dan rasul mereka begitu baik hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Jika para nabi itu bersatu mendokong aqidah tauhid, maka tiada alasan umat para nabi itu berpecah dari segi aqidah. Mereka mesti bersatu dalam aqidah tauhid, sebaliknya menolak semua fahaman karut ciptaan para paderi.

Dengan demikian juga menjadi dalil tentang bagaimana perlunya umat Islam berfahaman begitu di setiap masa, iaitu wajib menjaga bumi suci Baitul Maqdis dan mengawal dari gangguan pihak-pihak yang tamak dan juga puak-puak musuh agama Allah iaitu agama tauhid. Seolah-olah Allah SWT memberi isyarat kepada umat yang berpegang dengan ajaran Islam dan aqidah yang murni itu, supaya jangan merasa lemah, takut dan bacul di depan Yahudi yang bertekad untuk terus menguasai Baitul Maqdis dan bumi Palestin, kerana ia adalah bumi para anbiya. Seluruh umat para nabi khususnya umat nabi yang terbabit dalam peristiwa israk mikraj mestilah menaruh azam untuk merampas kembali bumi Baitul Maqdis dan Palestin, untuk diserahkan kembali kepada rakyat Palestin yang beriman.

Mengapakah suatu ketika dahulu "Salahuddin Al-Ayubi" bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitul Maqdis , ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah. Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah dari keturunan Kurdi, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersepadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera kristian itu dari bumi Palestin.

Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitul Maqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin Al-Ayubi ketika dipenghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya. Dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan tentera Kristian Eropah.

Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin Al-Ayubi bertindak demikian ialah kerana didorong kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk mikraj. Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitul Maqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.

Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin Al-Ayubi dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." alangkah baculnya ketua tentera salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam. Bagi Salahuddin Al-Ayubi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Di Baitul Maqdis itu juga Nabi s.a.w. melepasi satu ujian, ketika Jibril menghidangkan dua bejana, satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Nabi s.a.w. mengambil bejana berisi susu dan meminumnya. Ketika itu Jibril berkata: "Sesungguhnya engkau telah membuat pemilihan yang menepati fitrah manusia."Susu adalah minuman yang bersifat fitrah amat serasi dengan kehendak naluri manusia, secara fitrah manusia bukan makhluk yang memerlukan minuman arak yang memabukkan itu. Apabila Nabi s.a.w. memilih susu sebagai minuman yang serasi dengan fitrah manusia, maka demikian pula kedudukan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah ajaran agama yang memenuhi keperluan fitrah manusia. Tidak terdapat dalam Islam satu perkara pun yang bercanggah dengan naluri dan tabi'e manusia.

Semua peraturan yang terdapat dalam Islam, sama ada peraturan ibadat yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, peraturan muamalat yang membabitkan urusan ekonomi, peraturan munakahat yang mengatur urusan nikah dan kekeluargaan, peraturan jenayat yang melibatkan undang-undang hudud, qishash dan seumpamanya. Apa jua yang dikehendaki oleh Islam semuanya sesuai dengan naluri dan kemahuan manusia. Sekiranya fitrah yang ada pada hati dan naluri manusia itu ibarat manusia, maka Islamlah pakaian bagi manusia itu yang benar-benar memenuhi saiz ukuran dan keperluan.

Agama selain dari Islam bukan pakaian manusia, kerana ada peraturan dalam agama tersebut yang bercanggah dengan naluri dan kehendak manusia. Contoh, ada agama yang melarang paderi atau sami mereka berkahwin, sedangkan kahwin adalah naluri manusia. Naluri ingin kahwin tidak dapat dibendung di kalangan paderi dan sami, lantaran itu golongan tersebut terpaksa melakukan zina disebabkan kononnya peraturan melarang mereka berkahwin. Ada agama yang mengharamkan riba di kalangan mereka, tetapi menghalalkan amalan riba kepada penganut agama lain. Amalan ini tidak sesuai dengan naluri manusia lantaran ia bercanggah dengan konsep keadilan, kerana manusia secara kehendak semula jadi ingin dilayan dengan adil.

Allah SWT menganugerahi agama Islam kepada manusia kerana ia adalah suatu keperluan rohani dan jasmani manusia, menolak Islam sama ertinya membiarkan roh dan jasad dalam kebuluran, pada hal roh dan jasad membenci kebuluran.

Oleh
TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT

Khutbah Akhir rasul S.A.W

pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Maanusia, sapertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan lah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka samasekali tidak bole memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Wahai maanusia dengarlaj bersungguh sungguh katakata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Mulim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Olh itu wahai maanusia, nilailah dngan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orangorang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.

Mazhab kami adalah mazhab cinta

Doa Imam Ali Zainal ‘Abidin, yang menggambarkan situasi
kejiwaan orang yang sudah sampai ke rumah Tuhan, sudah mengetuk pintu-Nya, dan
sudah dibukakan. Saya percaya bahwa Anda sekalian sudah mengalami pencerahan
yang cukup tinggi sehingga tidk menafsirkan ucapan saya dengan pemahaman orang
awam. Inilah ungkapan orang yang sudah dekat dengan Allah Swt. “Perjumpaan
dengan-Mu kesejukan hatiku. Pertemuan dengan-Mu kecintaan diriku. Kepada-Mu
kedambaanku. Pada cinta-Mu tumpuanku. Pada kasih-Mu gelora rinduku. Ridha-Mu
tujuanku. Melihat-Mu keperluanku. Mendampingi-Mu keinginanku. Mendekati-Mu
puncak permohonanku. Dalam menyeru-Mu damai dan tenteramku.”
Beliau digelari As-Sajjad karena banyaknya melakukan sujud. Dikisahkan bahwa ada banyak tempat di kota Madinah yang tanahnya menjadi keras karena seringnya Imam Ali
Zainal ‘Abidin bersujud di situ. Padahal, ketika bersujud, tanah itu beliau
siram dan basahi dengan linangan air mata. Dulu banyak orang yang datang ke
temapt itu untuk meminta berkah. Setiap malam bintang-gemintang menyaksikan
beliau merintih di rumah Tuhan atau di tempat shalatnya. Padahal, beliau
termasuk keluarga Rasulullah saw. (Ahlul Bait) yang disucikan sesuci-sucinya.
…Innama yuridullah li-yudzhiba ‘ankum al-rijsa ahl al-bait wa yuthahhirakum
tathhiran. Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa-dosa dari kamu, wahai
Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya. (QS Al-Ahzab [33]: 33)
Berikut ini sebuah doa yang dibaca Imam Ali Zainal ‘Abidin ketika
beliau bersujud disudut Kabah di bawah mizab, yaitu pancuran air.
Imam Ali Zainal ‘Abidin berdoa sambil bersujud. “Inilah
hamba sahaya-Mu rebah di halaman kebesaran-Mu. Inilah si malang-Mu rebah di
halaman kebesaran-Mu. Inilah si fakir-Mu rebah di halaman kebesaran-Mu. Inilah
pengemis-Mu di halaman kebesaran-Mu. Tuhanku, demi kebesaran-Mu, keagungan-Mu,
dan kemuliaan-Mu, sekiranya sejak Engkau menciptakan aku, sejak masa permulaanku
aku menyembah-Mu sekekal badai rububiyah-Mu, dengan setiap lembar rambutku,
setiap kejam mataku sepanjang masa, dengan pujian dna syukur segenap makhluk-Mu,
maka aku takkan mampu mensyukuri nikmat-nikmat-Mu yang paling tersembunyi
padaku. Sekiranya aku menggali tambang besi dunia dengan gigiku, dan menanami
buminya dengan lmbar-lembar alis mataku, dan menangis takut kepada-Mu dengan air
mata dan darah sebanyak samudera langit dan bumi, maka semua itu kecil
dibandingkan dengan banyaknya kewajibanku atas-Mu. Sekiranya, setelah itu,
Engkau menyiksaku dengan azab seluruh makhluk, Engkau besarkan tubuh dan ragaku,
Engkau penuhi Jahanam pada seluruh sudutnya dengan tubuhku sehingga di sana
tidak ada lagi yang disiksa selainku, tidak ada lagi kayu bakar selain diriku,
maka semua itu kecil dibandingkan dengan keadilan-Mu dan besarnya hukuman-Mu
yang harus kuterima mengingat dosa-dosa yang kulakukan.”
Kepada Imam Ali Zainal ‘Abidin ini
bersambung hampir semua silsilah tarekat silsilah itu naik kepada
ayahnya, dan kepada datok nya, yaitu Rasulullah saw. Dari beliau, para penempuh
jalan kesucian belajar mengetuk pintu Tuhan. Dari beliau, mereka belajar doa
yang mengungkapkan kerinduan dan kecintaan kepada Tuhan. Dari beliau pula,
mereka belajar mensucikan batin agar layak berdampingan dengan Dzat Yang
Mahasuci.
Imam Ja’far Ash-Shaddiq—cucu Imam Zainal ‘Abidin yang melanjutkan
tradisnya—menyimpulkan inti tarekat beliau, tarekat keluarga Nabi saw., “Ad-dinu
huwa al-hubb.” Agama itu cinta. “Ad-dînu huwal ‘aqlu. La dina liman la aqla lahu.” Agama itu akal. Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.
Ketika Islam dimaknai dengan berserah diri atau pasrah, maka para pengikut
tarekat menambahkan cinta sebagai syarat mutlak penyerahan diri dan kepasrahan.
Para filosof menyerahkan diri kepada Tuhan setelah akal mereka menunjukkan
mereka kepada-Nya. Para fakih atau ahli hukum Islam pasrah kepada-Nya setelah
mengetahui hukum-hukum-Nya, seperti taatnya warga negara kepada hukum negerinya.
Para sufi merbahkan diri di hadapan-Nya, mau melakuka apa pun yang diperintahkan
oleh-Nya, asalkan mereka tidak diusir dari sisi-Nya—sebagaimana seorang pecinta
yang pasrah di depan kekasihnya. Karena boleh jadi, seseorang pasrah kepada-Nya
karena takut siksa, hukuman, atau kekuasaan-Nya. Mungkin juga ia menyerahkan
diri karena mengharapkan pamrih, pahala, atau ganjaran. Para sufi menyerahkan
diri mereka sepenuhnya kepada Tuhan karena cinta. Ketika mereka berdoa, mereka
memohonkan agar semua balasan itu diberikan kepada orang lain, sebagaimana
diungkapkan dengan indah oleh L.A.Ara, seorang penyair muslim dari Aceh, dalam
puisinya yang berjudul Doa Orang Buta.
Tuhan, beri sinar kepada mereka yang awas matanya.
Tuhan, beri cahaya kepada mereka yang memandnag dunia dengan mata terbuka.
Tuhan, kepadaku kirim saja percik kasih-Mu, tidak untuk membuka mataku, tapi
untuk menyiram hatiku.
Banyak jalan menuju Dia. Salah satu di antara jalan itu adalah jalan kesucian yang ditempuh para sufi, yaitu
mereka yang ingin dikirimi percik kasih Tuhan untuk menyiram hatinya.
Jadi, secara singkat, tasawuf adalah sebentuk keberagamaan yang didasarkan pada
cinta. Kalau orang bertanya apa mazhab tasawuf, maka tasawuf itu akan menjawab,
“Madzhabuna madzhab al-hubb”. Mazhab kami adalah mazhab cinta

Al-Aqsa....Kemenangan Sebenar Umat Islam



Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.
Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.
Palestina, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.
Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi Imam Solat bagi para Nabi dan Rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligurs menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati…
Pada saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahi menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan
untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya. Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia.



Berfirman Allah:
"Maa kadzabal fu aadu’ maa ra aa (11) ".
Artinya: "Tidaklah berdusta hati itu mengenal segala perkara yang dipandangnya (dilihatnya) ". (Q:An Najm 11).
Adapun yang dikatakan Guru Mursyid itu pada Thariqat/Tasauf adalah Wadah rohani yang dibentuk atau yang terbit dari pada Nur Illahi yang tersembunyi di tempat yang terang; dengan kata lain disebut Nur Muhammad.
Bukankah jasmani Adam, jasmani Muhammad, dan jasmani Guru Mursyid itu tempat yang terang, yaitu yang dapat dilihat dengan mata kepala? Mari kita ikuti firman Allah yang berbunyi:
"Wa idz qaala rab-buka lilmalaa-ikati in-nii khaaliqum basyaram-min sha-shaalim-min hama-im-masnuun (28) Fa idzaa saw waituhuu wa nafakhtu fii hi mir-ruuhii faqa'uu lahuu saajidiin (29) Fasajadal malaa-ikatu kul-luhum ajma 'uun (30)1l-laa ibliisa abaa ay- yakuuna ma 'as-saajidiin (31) ".
Artinya: "Ingatlah tatkala Allah Tuhan engkau berkata kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari pada tanah kering dari tanah hitam yang diberi bentuk ". (Q: Al Hijr 28). Maka apabila aku telah menyampurkan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya RUH-KU, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. (Q:Al Hijr 29). Maka bersujudlah para Malaikat itu semuanya bersama-sama (Q: Al Hijr 30). Kecuali iblis. la enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu ". (Q: Al Hijr 31)
Berfirman Allah:
"Qaala yaa ibliisu maa laka al-laa takuruna ma'as -saajidiin (32) ".
Artinya: "Hai lblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut) sujud bersama-sama mereka yang sujud itu? ". (Q: Al Hijr 32)
Berkata Iblis:
"Qaala lam akul-li-asjuda libasyarin khalaqtahuu min shalshaalim-min hama-immasnuun (33) ".
Artinya: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk". (Q: Al Hijr 33)
Berfirman Allah:
"Qaala fakhruj minhaa fa-in-naka rajiim (34),Wa in-na ilaikalla 'nata ilaa yaumiddiin (35) ".
Artinya: "Keluarlah dari Syurga, karena sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat ". (Q: Al Hijr 34-35)
Dengan melihat hal ini, marilah kita kembali kepangkal Islam, nyata nampak kalimah syahadat yang berbunyi, sewaktu tercetusnya ikrar antara Allah dengan Hambanya atau antara Allah dengan Muhammad pada syari'atnya, atau antara Nur Illahi dengan Nur Muhammad pada hakikatnya, (Nur alan Nur) yang berbunyi: "Asyhadu an laa ila ha Illallahu, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah" (Tidak ada Tuhan yang kusaksikan melainkan Allah) bunyi Syahadat Tauhid, yang diikrarkan Nur Muhammad; dan tercetus pulalah Syahadat Rasul dari Nur Ilahi yang berbunyi: "Dan engkau Muhammad adalah Rasul-Ku (utusan-Ku)".
Untuk menzahirkan inilah Allah menciptakan Nabi Adam sebagai Khalifah Allah, kemudian turun-temurun hingga sampai kepada Nabi Muhammad Saw. Nabi Besar Muhammad Rasulullah adalah Rasul penyampai/penunjuk jalan kebenaran/penuntun, dan Guru Mursyid itu adalah Pewaris dari usaha Rasul itu (Ulama Warshatul Ambiya).
Bahwa Rasul itu sebarang tentu adalah berwujud manusia juga, seperti manusia kebanyakan (mempunyai bentuk Bani Adam, berkawin, punya anak-bini dan ada kalanya punya harta) tetapi bathinnya bermuatan dari fi'il sifat Zat Allah, yaitu sebagai RUH Ciptaan-Nya yang ditiupkan dan dikekalkan-Nya dalam diri Adam, seperti keterangannya dalam Qur'an Al Hijr tersebut di atas. Itulah Nur Muhammad yang terjadi dari Nur Illahi yang diwadahi Adam, yang diwadahi Muhammad dan diwadahi anak manusia biasa hingga akhir zaman,

9/03/2009

JALAN YANG DEKAT MENUJU KEPADA ALLAH TA`ALA

Marilah kita mengetahui pula apakah jalan yang dekat (Tariqat) untuk kita sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala mengikut kaedah Ahli-Ahli Sufi yang lazim pada babnya.
Pada ghalibnya bagi seseorang itu hendaklah memper-baiki dirinya mengikut asal kejadian alam dan manusia sebagai Khalifah Allah Ta`ala diatas bumi, iaitu bermula dari permulaan noktah (tempat memulakan sesuatu) iaitu yang sempurna mukallaf serta menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah dan menfardhukan Islam keatas dirinya serta sedia ia menjaga memelihara dan mempertahankan kemulian (maruah) Agama, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Airnya daripada segala seterunya dan seteru Allah Ta`ala.
Pada ghalibnya seseorang murid yang benar-benar men-jalani tariqat untuk menyampaikan dirinya kepada Haqiqat sana itu akan menempuh sembilan perkara, yang menjadi pokok peraturannya dan tiada dapat tiada bagi sesiapa jua yang ingin hatinya sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala perlu menempuh kesembilan-sembilan pokok peraturan ini dan sesi- apa jua yang berjaya menempuhnya insya Allah Ta`ala ia akan sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan dibuka
oleh Allah Ta`ala akan pintu-pintu pengertian dan diterangkan dadanya dengan cahaya Ilmu-Ilmu umpama ilmu Iman, Islam, Ihsan, Yakin, Lathoif, Israr, Makrifah, Khasyaf, Mukafahah, Karamah yang hakiki. Maka dengan itu akan nyata segala perkara-perkara yang boleh memperbaiki diri dan akhlaknya untuk menaiki tangga Musyahadah dan Muraqabah akan Allah Ta`ala bagi setiap waktu, masa dan ketika semasa hidupnya.

PERTAMA : TAUBAT
KEDUA : QANA’AH
KETIGA : ZUHUD
KEEMPAT : BELAJAR ILMU SYARAK
KELIMA : MENGHORMATI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
KEENAM : TAWAKKAL
KETUJUH : IKHLAS
KELAPAN : UZLAH
KESEMBILAN : HIFZUL AUQAAT-Iaitu Menjaga Masa.

Kita sembang bab ni satu -persatu lain kali....InsyaAllah

Ilmu Syatar -Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam

Diberitakan kepada Syeikh oleh Syeikhnya iaitu Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia, bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah.
Sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam.
Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengam-bil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ia lah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan di antara hak-hak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan.
Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah semata mata. Untuk memilik memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak kehambaan kepadanya semata-mata.

wasiat dan pesanan

Teringat kami kepada wasiat dan pesanan seorang Syeikh . Katanya:-
“Ketahuilah bahawa punca anak-anak Adam itu jadi sesat dalam Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengor-banan Diri dan Harta ialah kerana mereka tiada berusaha duduk di atas noktah, permulaan langkahan di atas ilmu dan amalan hidup mereka mengikut Syariat, Tariqat, Hakikat kaedah asal kejadian manusia sebagai Khalifah ke atas dunia; punca mereka tiada mengenali diri mereka sendiri mengikut asal susunan kedudukan manusia baik dan jahat dalam ilmu dan amal di sisi Allah Ta`ala, serta mereka tiada pula mempusakai ilmu dan amal melalui wasilah dan rabitah dari mereka yang sekira-kira soleh pada babnya”.
Maka ramailah manusia diakhir zaman ini yang mengaku Islam tetapi laksana buih, hanya sedikit yang mengambil pengertian makna makni yang tersurat dan tersirat dari ucapan Dua Kalimah Syahadah itu mengikut aliran fahaman Ahli Sunnah. Maka dengan sebab itu ramai yang tiada dapat beza antara intan dan kaca, lalu berleluasalah kesalahan khurafat menjadi amalan harian, sehingga kerja buat mereka menjadi sia-sia, yang mana jahil tersesat dengan kejahilannya manakala yang berilmu pula tersesat dengan ilmunya.
Sebab itulah bagi orang-orang soleh yang ahli pada babnya, mereka ini asyik berusaha memisahkan hati mereka dengan ilmu supaya tercapai cita-citanya untuk musyahadah akan Allah Ta`ala melalui lidah, anggota dan hati.
Serentak dengan itu mereka menyalin pakaian Akidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta bercontohkan kepada baginda Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W. sepenuhnya. Pada bab ini dinasihatkan supaya setiap anak adam itu mesti berada di atas aliran kefahaman Ahli Sunnah serta menerima dengan yakin, mewarisi Amalan Kalifah Pusaka Wali Agama Islam.
Dan adalah diharap juga kepada seluruh pembaca dan ulama` yang arif pada babnya hendaklah bersama-sama memperbetul yang tiada betul, mentasheh apa yang tiada soheh di atas jalan taqwa serta memohon keredhaan Allah S.W.T.

Tokoh Ulama Nusantara

(Maulana Abdullah Nuh) Abdullah Awang Nuh
(Haji Mat Shafie Losong) Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin
(Tok Ku Pulau Manis) Abdul Malik bin Abdullah
(Tok Selehong) Abdul Rahman bin Haji Uthman
(Tok Pulai Condong) Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah
(Tuan Tabal) Abdul Samad bin Muhammad Saleh
(Tok Senggora) Abdullah bin Muhammad Kasim
(Tok Perlis) Abdullah bin Shamsuddin
(Tok Khurasan) Abu Abdullah Sayyid Hassan bin Nur Hasan
(Syeikh Daud al-Fatani) Daud bin Abdullah
(Mufti Haji Wan Muhammad) Haji Wan Muhammad bin Haji Abdul Samad
(Tok Pulau Ubi) Haji Yusuf bin Abdul Rahman
Tuan Guru Husin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib Al-Mas'udi Al-Banjari
(Tuan Husain Kedah) Husain bin Haji Muhammad Nasir
(Haji Ibrahim Tok Raja) Ibrahim bin Haji Muhammad Yusuf
(Tok Kemuning) Ismail bin Senik
(Haji Abdul Malek Sungai Pinang) Malek bin Hasan
(Syeikh Muhammad Said Linggi) Muhammad Said bin Haji Jamaluddin
(Tok Jerulong) Muhammad Said bin Muhammad
(Tok Seridik) Muhammad Saman bin Awang Senik
(Tuan Guru Haji Sulong Patani) Muhammad Sulom bin Haji Abdul Kadir
(Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki) Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad
(Tok Kenali) Muhammad Yusuf bin Ahmad
(Tok Konok) Nik Zainal Abidin bin Nik Ismail
(Tuan Guru Haji Omar Besut) Omar bin Che Ahmad
(Haji Omar Sungai Keladi) Omar bin Ismail
(Haji Saad Kangkong) Saad bin Haji Daud
(Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani) Uthman Jalaluddin Muhammad
(Tok Bachok) Uthman bin Haji Muhammad
(Syeikh Nik Dir Patani) Wan Abdul Rahman bin Wan Uthman
(Tok Guru Haji Wan Adam) Wan Adam bin Wan Abdullah
(Tok Padang Jelapang) Wan Ahmad bin Haji Abdul Halim
(Syeikh Wan Ahmad Patani) Wan Ahmad bin Muhammad Zain
(Tok Wan Ali Kutan) Wan Ali bin Haji Abdul Rahman
(Haji Wan Daud Khatib) Wan Daud bin Wan Ismail al-Fatani
(Tok Wali Haji Che Mud) Wan Mahmud bin Wan Ismail
(Tok Sheikh Jarum) Wan Muhammad Idris bin Haji Wan Jamal
(Syeikh Nik Mat Kechik Patani) Wan Muhammad bin Wan Ismail
(Mufti Haji Wan Musa) Wan Musa bin Abdul Samad
(Pak Wan Sulaiman) Wan Sulaiman bin Wan Siddiq
(Haji Yaakub Gajah Mati) Yaakub bin Haji Ahmad
(Haji Abdullah Tahir Bunut Payong) Haji Abdullah Tahir
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Tuan Guru Haji Muhammad Saman Kati

4 Wali Qutub

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani
Beliau pernah berkata “Kakiku ada diatas kepala seluruh wali.” Menurut Abdul Rahman Jami dalam kitabnya yang berjudul Nafahat Al-Uns, bahwa beberapa wali terkemuka diberbagai abad sungguh-sungguh meletakkan kepala mereka dibawah kaki Syaikh Abdul Qadir al-Jilani.

Syaikh Ahmad al-Rifa’i
Sewaktu beliau pergi Haji, ketika berziarah ke Maqam Nabi Muhammad Saw, maka nampak tangan dari dalam kubur Nabi bersalaman dengan beliau dan beliau pun terus mencium tangan Nabi SAW yang mulia itu. Kejadian itu dapat disaksikan oleh orang ramai yang juga berziarah ke Maqam Nabi Saw tersebut. Salah seorang muridnya berkata :
“Ya Sayyidi! Tuan Guru adalah Quthub”. Jawabnya; “Sucikan olehmu syak mu daripada Quthubiyah”. Kata murid: “Tuan Guru adalah Ghaus!”. Jawabnya: “Sucikan syakmu daripada Ghausiyah”.
Al-Imam Sya’roni mengatakan bahwa yang demikian itu adalah dalil bahwa Syaikh Ahmad al-Rifa’i telah melampaui “Maqamat” dan “Athwar” karena Qutub dan Ghauts itu adalah Maqam yang maklum (diketahui umum).
Sebelum wafat beliau telah menceritakan kapan waktunya akan meninggal dan sifat-sifat hal ihwalnya beliau. Beliau akan menjalani sakit yang sangat parah untuk menangung bilahinya para makhluk. Sabdanya, “Aku telah di janji oleh Allah, agar nyawaku tidak melewati semua dagingku (daging harus musnah terlebih dahulu). Ketika Sayyidi Ahmad Al-Rifa’i sakit yang mengakibatkan kewafatannya, beliau berkata, “Sisa umurku akan kugunakan untuk menanggung bilahi agungnya para makhluk. Kemudian beliau menggosok-ngosokkan wajah dan uban rambut beliau dengan debu sambil menangis dan beristighfar . Yang dideritai oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa’i ialah sakit “Muntah Berak”. Setiap hari tak terhitung banyaknya kotoran yang keluar dari dalam perutnya. Sakit itu dialaminya selama sebulan. Hingga ada yang tanya, “Kok, bisa sampai begitu banyaknya yang keluar, dari mana ya kanjeng syaikh. Padahal sudah dua puluh hari tuan tidak makan dan minum. Beliau menjawab, “Karena ini semua dagingku telah habis, tinggal otakku, dan pada hari ini nanti juga akan keluar dan besok aku akan menghadap Sang Maha Kuasa. Setelah itu ketika wafatnya, keluarlah benda yang putih kira-kira dua tiga kali terus berhenti dan tidak ada lagi yang keluar dari perutnya. Demikian mulia dan besarnya pengorbanan Aulia Allah ini sehingga sanggup menderita sakit menanggung bala yang sepatutnya tersebar ke atas manusia lain. Wafatlah Wali Allah yang berbudi pekerti yang halus lagi mulia ini pada hari Kamis waktu duhur 12 Jumadil Awal tahun 570 Hijrah. Riwayat yang lain mengatakan tahun 578 Hijrah.

Syaikh Ahmad Badawi
Setiap hari, dari pagi hingga sore, beliau menatap matahari, sehingga kornea matanya merah membara. Apa yang dilihatnya bisa terbakar, khawatir terjadinya hal itu, saat berjalan ia lebih sering menatap langit, bagaikan orang yang sombong. Sejak masa kanak kanak, ia suka berkhalwat dan riyadhoh, pernah empat puluh hari lebih perutnya tak terisi makanan dan minuman. Ia lebih memilih diam dan berbicara dengan bahasa isyarat, bila ingin berkomunikasi dengan seseorang. Ia tak sedetikpun lepas dari kalimat toyyibah, berdzikir dan bersholawat.
Pada usia dini beliau telah hafal al-Qur’an, untuk memperdalam ilmu agama ia berguru kepada syaikh Abdul Qadir al-Jailani dan syaikh Ahmad Rifai. Suatu hari, ketika beliau telah sampai ketingkatannya, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, menawarkan kepadanya: ”Manakah yang kau inginkan ya Ahmad Badawi, kunci Masyriq atau Maghrib, akan kuberikan untukmu”, hal yang sama juga diucapkan oleh gurunya Syaikh Ahmad Rifai, dengan lembut, dan karna menjaga tatakrama murid kepada gurunya, ia menjawab; ”Aku tak mengambil kunci kecuali dari al-Fattah (Allah )”.
Peninggalan syaikh Ahmad Badawi yang sangat utama, yaitu bacaan shalawat badawiyah sughro dan shalawat badawiyah kubro.

Syaikh Abu Hasan asy-Syazili
Keramat itu tidak diberikan kepada orang yang mencarinya dan menuruti keinginan nafsunya dan tidak pula diberikan kepada orang yang badannya digunakan untuk mencari keramat. Yang diberi keramat hanya orang yang tidak merasa diri dan amalnya, akan tetapi dia selalu tersibukkan dengan pekerjaan-pekerjaan yang disenangi Allah dan merasa mendapat anugerah (fadhal) dari Allah semata, tidak menaruh harapan dari kebiasaan diri dan amalnya.
Di antara keramatnya para Shiddiqin ialah :
1. Selalu taat dan ingat pada Allah swt. secara istiqamah (kontineu).
2. Zuhud (meninggalkan hal-hal yang bersifat duniawi).
3. Bisa menjalankan perkara yang luar bisa, seperti melipat bumi, berjalan di atas air dan sebagainya.
Diantara keramatnya Wali Qutub ialah :
1. Mampu memberi bantuan berupa rahmat dan pemeliharaan yang khusus dari Allah swt.
2. Mampu menggantikan Wali Qutub yang lain.
3. Mampu membantu malaikat memikul Arsy.
4. Hatinya terbuka dari haqiqat dzatnya Allah swt. dengan disertai sifat-sifat-Nya.

Beliau pernah dimintai penjelasan tentang siapa saja yang menjadi gurunya. Kemudian beliau menjawab, “Guruku adalah Syaikh Abdus Salam ibnu Masyisy, akan tetapi sekarang aku sudah menyelami dan minum sepuluh lautan ilmu. Lima dari bumi yaitu dari Rasululah saw, Abu Bakar r.a, Umar bin Khattab r.a, Usman bin ‘Affan r.a dan Ali bin Abi Thalib r.a, dan lima dari langit yaitu dari malaikat Jibril, Mika’il, Isrofil, Izro’il dan ruh yang agung. Beliau pernah berkata, “Aku diberi tahu catatan muridku dan muridnya muridku, semua sampai hari kiamat, yang lebarnya sejauh mata memandang, semua itu mereka bebas dari neraka. Jikalau lisanku tak terkendalikan oleh syariat, aku pasti bisa memberi tahu tentang kejadian apa saja yang akan terjadi besok sampai hari kiamat”. Syekh Abu Abdillah Asy-Syathibi berkata, “Aku setiap malam banyak membaca Radiyallahu ‘an Asy-Syekh Abul Hasan dan dengan ini aku berwasilah meminta kepada Allah swt apa yang menjadi hajatku, maka terkabulkanlah apa saja permintaanku”. Lalu aku bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. dan aku bertanya, “Ya Rasulallah, kalau seusai shalat lalu berwasilah membaca Radiya Allahu ‘An Asy-Syaikh Abu Hasan dan aku meminta apa saja kepada Allah swt, apa yang menjadi kebutuhanku lalu dikabulkan, seperti hal tersebut apakah diperbolehkan atau tidak?”. Lalu Nabi saw menjawab, “Abu Hasan itu anakku lahir batin, anak itu bagian yang tak terpisahkan dari orang tuanya, maka barang siapa bertawassul kepada Abu Hasan, maka berarti dia sama saja bertawassul kepadaku”.

Peninggalan syaikh Abu Hasan asy-Syazili yang sangat utama, yaitu Hizib Nashr dan Hizib Bahar. Orang yang mengamalkan Hizib Bahar dengan istiqomah, akan mendapat perlindungan dari segala bala. Bahkan, bila ada orang yang bermaksud jahat mau menyatroni rumahnya, ia akan melihat lautan air yang sangat luas. Si penyatron akan melakukan gerak renang layaknya orang yang akan menyelamatkan diri dari daya telan samudera. Bila di waktu malam, ia akan terus melakukan gerak renang sampai pagi tiba dan pemilik rumah menegurnya. Hizib Bahar ditulis syaikh Abu Hasan asy-Syazili di Laut Merah (Laut Qulzum). Di laut yang membelah Asia dan Afrika itu syaikh Abu Hasan asy-Syazili pernah berlayar menumpang perahu. Di tengah laut tidak angin bertiup, sehingga perahu tidak bisa berlayar selama beberapa hari. Dan, beberapa saat kemudian Syaikh al-Syadzili melihat Rasulullah. Beliau datang membawa kabar gembira. Lalu, menuntun syaikh Abu Hasan asy-Syazili melafazkan doa-doa. Usai syaikh Abu Hasan asy-Syazili membaca doa, angin bertiup dan kapal kembali berlayar.

Aku Bukan SYIAH

Aku bukan syiah...dan syiah bukan aku.Aku cuma mencuba untuk mengingati,mengasihi dan mengikuti jalan para Ahlul Bait dan kebetulan nya MEREKA itu ada pada SYIAH mereka lebih dikenali oleh SYIAH dan Mereka 12 IMAM itu di kenali sebagai SYIAH.

Pada aku Mereka bukan SYIAH mereka adalah AHLUL BAIT Rasul S.A.W. dan kita hari ini takut untuk menyebut nama mereka,takut untuk mengingati mereka dan takut untuk berselawat kepada mereka...kerana kita takut dikatakan SYIAH.

Assalamu Alaika Ya AHLAL BAIT warohmatullohi wabarokatuh
Allohumma Solli Ala Muhammad wa Ali Muhammad.

seorang penunjuk

Allah berfirman:

" من يهد الله فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا "

Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu hai Muhammad tak akan mampu mempertemukannya dengan seorang wali mursyid (seorang penunjuk).

wali mursyid yang HAQ...
Dimana Dia?????????

Orang Biasa

Nabi Muhammad s.a.w memasuki pengalaman Israk dan Mikraj hanya satu bahagian daripada malam sahaja. Dalam perjalanan yang mengambil masa yang singkat itu baginda s.a.w menerima perintah sembahyang lima waktu. Perintah sembahyang yang diterima dalam masa yang singkat itu membawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan sembahyang sepanjang hayat baginda s.a.w. Pengalaman yang singkat membuka jalan kepada penetapan. Baginda s.a.w yang dikeluarkan daripada dunia sebahagian daripada malam kembali semula ke dunia untuk meneruskan baki umur baginda s.a.w dan di dunia ini juga baginda s.a.w menghabiskan umur baginda s.a.w. Di sini juga jasad baginda s.a.w disemadikan. Begitulah jalan yang Tuhan tentukan untuk manusia yang paling mulia, paling sempurna.
Tuhan ciptakan Adam a.s tanpa ibu dan ayah. Tuhan ciptakan Isa a.s tanpa ayah. Tuhan ciptakan Kekasih-Nya, Muhammad s.a.w dengan beribu dan berbapa. Tuhan jadikan Kekasih-Nya itu merasai lapar, dahaga, sakit dan mati di dalam dunia. Sahabat-sahabat baginda s.a.w yang merupakan manusia pilihan kelas pertama melalui jalan yang demikian juga. Orang-orang yang benar yang datang kemudian melalui jalan itu juga. Itulah sebaik-baik jalan dan ia dinamakan Jalan Nabi atau Sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Pada Jalan Nabi tentera Muslimin berperang dengan menggunakan pedang, kepintaran akal dan kekuatan jasmani. Mereka memukul dan dipukul. Mereka menerima luka-luka. Mereka membunuh dan dibunuh. Mereka selalu menang tetapi ada juga kekalahan. Namun mereka terus juga berjuang di dalam perbatasan manusia biasa. Mereka tidak bersandar kepada ilmu kebal atau ilmu menutup pandangan musuh. Mereka tidak bersandar kepada mukjizat. Jika Tuhan kirimkan mukjizat melalui Nabi-Nya mereka menerimanya dengan syukur. Jika Tuhan tetapkan mereka berperang dengan menggunakan bakat kemanusiaan biasa mereka terus juga berjuang dengan penuh semangat dan kesabaran.
Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah menunjukkan cara menghadapi kehidupan sebagai manusia biasa. Baginda s.a.w bersama-sama sahabat yang paling mulia, Abu Bakar as-Siddik, telah menunjukkan contoh yang paling baik dalam menghadapi cabaran sewaktu melakukan hijrah. Konsep bertawakal yang sebenarnya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui peristiwa hijrah tersebut. Baginda s.a.w diutuskan untuk membimbing umat manusia yang tidak boleh terbang di udara atau berjalan di atas air dan juga tidak kebal. Jika orang yang membimbing menggunakan cara terbang di udara, berjalan di atas air, kenyang tanpa makan, tidak ditimpa penyakit, maka yang boleh mengikuti pembimbing yang demikian hanyalah para malaikat. Nabi Muhammad s.a.w dan pewaris perjuangan baginda s.a.w perlu bergerak dan bertindak di dalam sempadan kemanusiaan agar orang ramai boleh mengikuti mereka. Orang kerohanian yang kembali kepada kesedaran kemanusiaan akan bergerak sebagai manusia biasa juga. Mungkin ada perkara yang luar biasa keluar daripada mereka. Itu adalah sebagai anugerah Tuhan kepada mereka. Perkara tersebut tidak boleh dipandang sebagai identiti mereka.

Arifin...

Aku reda Allah adalah Tuhan, Islam adalah agama, Muhammad s.a.w adalah Nabi dan Rasul, al-Quran adalah ikutan, Kaabah adalah Kiblat dan semua mukminin dan mukminat adalah saudara.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Pesuruh Allah.

Pada makam penetapan orang arif bergerak dalam masyarakat seperti air yang mengalir pada bumi, menghidupkan bumi yang mati. Bila bumi sudah hidup akan tumbuhlah pokok Islam yang akar tunjangnya teguh di dalam bumi dan pucuknya menggamit langit. Daunnya rendang menjadi tempat berteduh bagi musafir yang lalu sebentar di atas muka bumi. Buahnya enak dan lazat memberi kekuatan kepada musafir berjalan menuju destinasi.

Muhammad Pesuruh Allah! Dan orang-orang yang besertanya keras terhadap orang kafir (dan) berkasih sayang sesama mereka. Engkau lihat mereka rukuk, sujud, mencari kurniaan dan keredaan Allah. Tanda-tanda mereka (ada) di muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat mereka di Taurat dan sifat mereka di Injil, sebagai tanaman yang keluarkan tunasnya, lalu Dia teguhkan ia. Maka jadilah ia gemuk dan tegap berdiri di atas pangkalnya. (Adalah) kerana Dia hendak jengkilkan kafir-kafir itu dengan (kesuburan) mereka (yang mukmin). Allah janjikan mereka yang beriman dan beramal salih dari mereka keampunan-Nya dan ganjaran yang besar. ( Ayat 29 : Surah al-Fat-h )

Berkata Imam lagi syeikh....

Umat Islam itu disatukan dengan kasih sayang melalui hati-hati yang IKHLAS oleh Allah melalui tangan HAMBAnya......bagai mana melahirkan hati-hati yang ada kasih dan sayang.....???atau bagai mana untuk melahirkan sifat ARRAHMAN dan ARRAHIM itu pada hati kita.....maka tidak lain dan tidak bukan kena ada DENGAN ALLAH yakni BISMILLAH.....sebab kita ini bersifat dengan sifat yang baharu berhajat kita kepada ALLAH atas tiap sesuatu....maka bagi ABDI yang berjaya sampai kepada makam DENGAN ini yakni BA.....akan lahir lah HATI nya sebagai hati ABDI yang tahu akan RAHSIA TITIK dibawahnya....dan diri nya itu terahsia ia pada Huruf BA itu pada pemanjangan diawal Huruf BA itu.

Maka Hamba-Hamba Allah yang ikhlas itu terahsia orang nya lagi dirahsiakan dia oleh ALLAH atas sebab sebagai tanda akan berakhirnya ALAM ini.Tanda tanda kiamat yang paling dekat adalah bila terangkat nya ALQuran atau KITAB...maka jelas bagi kita bahawa KITAB itu telah pun terangkat bila kita tidak lagi menemui akan HAMBA HAMBA ALLAH itu bagi memahamkan kita akan isi sebenar KITAB itu,maka bila ALLAH telah mematikan HAMBA HAMBA ALLAH ini maka terangkat lah sepenuh nya KITAB .....jadi lah kita sebagai burung kakak tua yang mendendang kan lagu lagu dari kitab....kalut kita pada lagu nya,pada sebutannya tidak pada ruh nya sebagai MUKJIZAT yang paling BESAR...yang nabi waris kan ia sampai hari kiamat.....ini lah mukjizat yang nabi wariskan....berbahagia lah pada sesiapa yang berjaya mewarisi akan mukjizat ini....dan hanya orang yang berjaya mewarisi mukjizat ini sahaja yang akan berjaya meninggi kan kembali ISLAM seperti mana kata ALLAH ....ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi.

Maka mereka itu lah sebenar nya AHLI SUNNAH yang mengamal kan sebenarnya SUNNAH yaitu UMMATI..UMMATI...UMMATI...dan mereka itu dalam THOIFATUN MINAL MUSLIMIN iaitu JEMAAH ...berpegang teguh dengan ALQURAN iaitu KITAB yang diwarisi dan HADIS iaitu pelaksanaan PERBUATAN ,PERCAKAPAN, atau DIAM

Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka mempercayakan (tawakal)," (8:2)

Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis." (19:58)

"Dan, apabila ia dibacakan kepada mereka (orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum al-Qur'an), mereka berkata, 'Kami percaya kepadanya; sesungguhnya ia adalah yang benar daripada Pemelihara kami. Sesungguhnya, sebelumnya kami telah muslim.'" (28:53)

"Yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam penyombongan diri, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih." (45:8)

"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiadalah alasan mereka melainkan mereka berkata, 'Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar.'" (45:25)

"Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya sehingga Dia membangkitkan di ibu kotanya seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak memusnahkan bandar-bandar raya melainkan bahawa penduduknya zalim." (28:59)

Dalam mencari kena ada IKHLAS...apa itu IKHLAS??

Kenapa Quh huaAllah dinamakan surah AL-IKHLAS.....dan kenapa Allah kata hanya hamba-hamba ku yang ikhlas saja tak dapat digangu syaitan.....siapakah hamba-hamba ku yang ikhlas...yang Allah sembunyikan Ikhlas sebagai rahsianya....
Maka....yang dikata kan ikhlas itu adalah apabila betul akan tauhid makhluk pada khaliknya...bukan kan Qulhuallah itu adalah merupa kan ayat TAUHID yang menyata kan rububiyyah Allah ....dan hamba-hamba ku yang ikhlas adalah MUHAMMAD.s.a.w....sbb tu nabi bebas daripada gangguan syaitan...tak payak dok kalut nak baca ayat qursi untuk halau jin dan syaitan....cam kita nih....sebelum turun nya ayat qursi tu apa yang nabi ajaq kat sahabat untuk halau syaitan....melain kan sahabat sentiasa bersama dengan MUHAMMADs.a.w itu sendiri....dan bagi kita pula dalam mencari ikhlas maka hendak lah kita menjadi kan diri kita MUHAMMAD......seperti di tafsir kan dalam suroh Qulhuallah itu sendiri....'Katakanlah (WAHAI MUHAMMAD) Allah itu Ahad......kenapa ulamak mentafsir kan 'wahai muhammad' dan bukan wahai nabi...atau wahai rasul...x lain dan x bukan bahawa hanya MUHAMMAD itu adalah sebenarnya HAMBA ALLAH...yang IKHLAS....
Itu Muhammad....bagaimana pula KITA????
Bagaimana IKHLAS itu akan membawa kita bertemu dengan GOLONGAN AKHIR??

APA ADA DISANA.....dan kita akan kesana untuk menebusnya...INSYAALLAH..!!!!!

APA ADA DISANA

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

Sejak awal Februari 2007, Pemerintah Kota Yerusalem merancang pembangunan jambatan pejalan kaki mennuju kompleks Masjid Al-Aqsha. Jembatan dimaksudkan untuk menggantikan jalan terdahulu yang rosak akibat ribut dan gempa bumi th. 2004. Dalam kaitan dengan hal ini Otoritas Arkeologi Israel melakukan penggalian arkeologi untuk mencari artefak-artefak kuno, sebelum pembinaan dilakukan. Lokasi penggalian itu sekitar 50 m dari kompleks Al-Aqsha yang dianggap sebagai tempat suci ummat Islam ketiga setelah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Bentrok pasukan Israel dengan aktivis Muslim yang memprotes pembangunan Jembatan dekat Al-Quds yang berpotensi membahayaan konstruksi Al-Quds. Israel cuba meredakan dengan meyakinkan bahwa kegiatan itu tidak akan menjejaskan bangunan Al-Aqsa, untuk itu Israel memasang kamera-kamera yang dapat memancarkan secara transparan kegiatan penggalian arkeologi itu ke jaringan internet. Persoalannya apakah yang sebenarnya dicari dibawah tapak Al-Aqsa dan Israel tidak akan menghentikan kegiatan penggalian itu walaupun dengan dunia memprotes keras.

Baitul Maqdis (Arah Suci) atau Masjidil Aqsha (Masjid yang jauh) sebagaimana dimaksud surat Al-Ishro ayat (1), pertama kali di bina oleh Nabi Allah Daud AS. Di zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman As, telah membina semula setelah 40 th pemerintahannya menggantikan ayahandanya Nabi Allah Daud As (970-930 SM), Nabi Allah Sulaiman As telah membina sebuah bangunan Baitul Maqdis yang sangat megah-indah, yang kemudian terkenal pula dengan sebutan Haikal Sulaiman yang selama 5 abad kemudian menjadi pusat peribadatan dan jantung kehidupan Bani Israil. Keagungan pembinaan Baitul Maqdis membawa serangan kerajaan Babylon Nebukadnezar pada th 597 SM dan serangan kedua pada th. 586 SM yang menghancur leburkan Baitul Maqdis sehingga bekas runtuhan. Dalam peristiwa ini Tabut Suci yang berisi Loh Batu yang bertuliskan 10 Perintah Allah lenyap secara mister dan tidak pernah ditemukan lagi hingga sekarang.

Pernahkah kita bertanya apakah Tabut Suci yang sangat2 diingini oleh Israil sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. "Telah Aku(Allah) turunkan kepada Daud dan keturunannya hikmah alam penciptaanKu, dan mereka akan menguasai duniaKu". Tabut Suci dikata sebuah kitab yang mengandungi hikmah2 yang Allah Yang Satu telah perturunkan kepada Nabi Allah Daud As, yang mana dengan hikmah2 dari Allah Yang Satu ini hasil khazanah bumi mampu dikeluarkan tanpa hadnya dan pemegang hikmah ini pasti akan menguasai dunia sepertimana Nabi Allah Sulaiman As.

Baitul Maqdis dibangun kembali oleh Nabi Nehemia dan Nabi Ezra dengan bantuan Raja Parsi yang berkuasa atas Yerusalem Cyrus the Great (550-530 SM). Baitul Maqdis memperoleh kembali kemegahannya pada zaman Herode the Great Raja Israel yang diangkat Romawi (37-4 SM). Pada th. 65-75 M Bani Israil melancarakan pemberontakan nasional melawan kekuasaan Raja Romawi yang menjajah Yerusalem. Panglima Titus telah menumpas pemeberontakan itu, dan pada th. 70 telah menghancurkan Baitul Maqdis yang dianggap sebagai sumber kekuatan Bani Israil, sehingga hanya tinggal dinding2 di bukit Zion berserta Batu Karang Matzevot dan Tembok Barat.

Ketika Nabi Muhammad saw Isra-Miraj th. 621 M, yang dimaksud Masjidil Aqsha adalah runtuhan Baitul Maqdis di bukit Zion itu. Tidak ada bangunan Masjid di sana. Diatas Batu Karang suci itulah Rasulullah saw melaksanakan Shalat sunnah dua rakaat sebelum Miraj (kisah ortodoks Isra Miraj). Setelah pemberontakan itu Panglima Titus mengusir Bani Israil keluar dari Yerusalem menebar keberbagai kawasan di Timur Dekat dan sekitarnya. Inilah diaspora yang kedua setelah diaspora yang pertama di zaman Nebukadnezar pada abad ke 6 SM.

Karang suci itu terletak di tempat yang paling suci yang disebut Devir. Di bekas reruntuhan Baitul Maqdis itu atau di area yang dekat dengan situs teofani itu, Khalifah Umayyah Al Walid I pada th. 709 mendirikan bangunan Masjid. Pada 11 September 747 Masjid itu runtuh oleh gempa bumi. Khalifah Abbasiyyah Al-Manshur pada th. 757 membangun kembali Masjid itu, tetapi runtuh kembali oleh gempa pada th. 771. Adalah Khalif Al-Mahdi (775-785) yang bertekad membangun kembali Masjid di bukit Zion itu dengan mengerahkan dana dari setiap pemerintah tempatan dan komandan perang. Inilah era terpenting dari riwayat Masjid di Baitul Muqaddas itu, sehingga berdiri arsitektur istana religius yang luas dengan keindahan dan kemegahan yang belum pernah ada sebelumnya, dengan kubah yang jauh lebih lebar dan lebih indah. Masjid inilah yang kemudian ramai disebut Masjid al-Aqsha (Masjid yang jauh) baru.

Keadaan makin terdesak dan mereka akan terus mencari kitab suci yang dinamakan "Haikal Nur Qalimah" atau kitab Hikmah Nabi Allah Sulaiman As dengan harapan dengan memiliki kitab itu mereka dapat menghalang perancangan Allah Yang Satu.

SUATU KISAH

2 Ramadhan, menyimpan satu sejarah yang amat bererti kepada umat Rasul saw berlaku pada 150 hijrah bersamaan 730 masihi. Setelah hampir 100 tahun Ahlul Bait disembunyikan dan kerajaan Umaiyah bergolak, sekumpulan Ahlul Hayat yang diketuai oleh Al Syeikh Jalali Kubro dan Al Syeikh Jamali Kubro bersama 500 orang telah berlayar dari Haidratulmaut Yaman ke nusantara. Ini adalah misi mencari yang pertama atas arahan Al Sharif Muhamad Al Hawari seorang penguasa di Yaman.

Rombongan ini telah singgah di Ghujurat, India dan telah membawa bersama seorang lelaki yang bernama Al Muharis Ibni Al Hariun dari keturunan Syaidina Abu Bakar Ra. Rombongan ini telah sampai ke pulau pertemuan pada waktu asar 2 Ramadhan 155 hijrah, Rombongan ini telah berkemah di pulau pertemuan dan mula membuat perancangan mencari. Misi ini terdiri 10 buah kapal dan telah berpecah kepada 5 didalam usaha menjejaki Ahul Bait yang disembunyikan. Al Syeikh Jalali Kubro bersama 4 buah kapal telah belayar kearah utara dan bersama-samanya Al Muharis Ibni Al Hariun. Al Syeikh Jamali Kubro bersama 2 buah kapal terus ke arah matahari terbit. Al Syeikh Muhammad Al Bukhari, Al Syeikh Harmi Al Bustami dan Syeikh Karim Al Hamatakmir Al Mutawakil setiap seorang mengetuai sebuah kapal telah bergerak ke arah kepulauan jawa dan selatan sumatera.

Usaha mencari telah dirancang untuk mengambilkan Ahul Bait sebagai khalifah pemerintah setelah merosotnya pemerintahan umaiyah. Rombongan misi mencari telah diminta kembali ke Pulau Pertemuan (Pulau Besar) pada tahun ke 10 dengan atau tanpa Ahlul Bait yang ditemui. 10 tahun pada 2 Ramadhan 165 hijrah hanya 1 kapal yang di ketuai oleh Al Syeikh Jamali Kubro kembali bersama 25 orang anak kapal. Al Syeikh Jamali Kubro telah membuat keputusan menetap di Pulau Besar sambil menunggu rombongan yang lain kembali. Hampir 10 tahun menunggu tiada khabar dari ahli2 rombongan yang lain. Pada 175 hijrah sebuah kapal telah mendarat di Pulau Besar, kapal yang dinaiki Al Sultan Zainal Ariffin (Zaid bin Usalmah) bersama Al Syeikh Ismail Yussof Al Hassan.

Kedua-duanya ketika itu berumur hampir 200 thn, Tanpa mengetahui yang kedua-duanya itu Ahlul Bait yang dicari Al Syeikh Jamali Kubro terus menjadi murid kepada Al Syeikh Ismail Yussof Al Hassan. Al Sultan Zainal Ariffin telah kembali ke kepulauan Riau Linggi dimana beliau menjadi Al Sultan disana. Dan pada 2 ramadhan 179 hijrah, 5 buah kapal yang terawal kembali bersama didalam kapal yang kembali tersebut Abu Saad Abu Waqas, Salman Al Haras, Abu Harim Al Hamizi. Inilah pertemuan kembali mereka yang terpisah hampir 150 tahun dan pertemuan ini juga menjadi pertemuan terakhir diantara mereka. Al Syeikh Jamali Kubro telah bertemu dengan Ahlul Bait yang masih hidup ketika itu dan telah diminta untuk berjanji agar tidak membocorkan rahsia akan pertemuan ini.

2 Ramadhan 179 hijrah dikenali juga sebagai "hari lesu" atau "hari berdiam" kerana kelesuan mereka2 yang mencari tetapi masih belum menemui dan hari rahsia diminta disimpan, selepasnya solat magrib rombongan yang bertemu telah berpisah sekali lagi tetapi kali ini meninggalkan Al Syeikh Yussof Al Hassan bersama seorang cicitnya yang berumur 5 tahun bersamanya. Selang beberapa tahun sebuah kapal singgah di Pulau Besar untuk mendapatkan bekalan air, dan nakhoda kapal tersebut adalah Syed Al Bukri Al Bukhari dan Al Syeikh Yussof telah menumpangkan cicitnya tersebut kembali ke Yaman.

Pada 3 Ramadhan 239 hijrah bersamaan 818 masihi pada umur 63 tahun cicit Al Syeikh Yussof Al Hassan telah kembali ke Pulau Pertemuan buat pertama kalinya, beliau juga dikenali sebagai Al Syeikh Abdul Kadir Al Jalani Rahmatullah beliau tiba bersama Al Syeikh Ibrahim Asmaro dan Al Syeikh Ismail Asmaro dan Khatib Ahmad Majnu Syeikh Al Hafiz Majnor. Ketika ini Nusantara berada di ambang pembangunan dengan kota Gangga, Lamuri, Pengkalan Banjar, Pagarroyong(Palembang) Ceribon, Langkasuka, Riau Linggi dan Pattani adalah kota2 besar yang makmur. Melaka telah dibangunkan sebagai sebuah pusat perkembangan ilmu dan ramai ahli ilmuan dari serata dunia telah datang untuk belajar dan menambah keilmuan disana........


C&P

perumpamaan Ahlul Baitku diantara kalian adalah seperti kapal Nuh






Rasul s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya".

Diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmidzi

Persoalan yg ingin dikemukakan disini ialah apakah kaitannya diantara ahlul bait Rasulullah saw dengan Al Quran? Kenapakah Rasulullah saw menyebut keduanya tidak akan terpisah sehingga hari kiamat? Apa yg tersirat disebalik maksud kata-kata Rasulullah saw itu?

Sudah menjadi kelaziman Rasulullah saw membuat kiasan melalui hadis-hadis Baginda. Hanya yg bias memahami apa yg dikias. Rasulullah saw pernah menyebut bahawa Syadina Ali bersama Al Quran dan Al Quran bersama Syaidina Ali. Persoalan yg begini sepatutnya menjadi tumpuan ulama-ulama diakhir zaman ini supaya dapat diperjelaskan kepada umat Islam apa yg tersirat disebalik kiasan Rasulullah saw itu. Ini menjawab kepada masalah umat Islam diakhir zaman ini.

Kalau dilihat kepada susur galur Rasulullah saw, ianya bermula dari Nabi Adam as. Ini bermakna pertalian kenabian itu berpunca dari sumber yg satu. Daripada Rasulullah saw pula susur galur itu bersambung kepada Syaidina Hasan ra dan Syaina Husin ra. Malah menegaskan bahawa umat Rasulullah saw akan bersumber daripada keturunan Syaidina Hasan ra dan Syaidina Husin ra. Daripada keturunan Syaidina Hasan ra pula Islam berkembang ke Nusantara melalui Maulana Malik Ibrahim. Ini bermakna bangsa Arab dan Melayu mendapat Islam daripada Rasulullah saw dan ahlul bait Baginda. Hari ini Arab dan Melayu menjadi dua kaum terbesar penganut agama Islam. Ianya tidak berhenti disitu tetapi akan bersambung pula kepada Imam Mahdi dari keturunan Syaidina Husin ra. Apabila Islam disebut akan dibangkitkan semula dari timur, maka Nusantara menjadi fokus kerana pengembangan Islam sebelum penjajahan berhenti di Nusantara. Dimana ianya berhenti maka disitulah ianya bermula kembali. Itu sudah menjadi tertib pada urusan Allah SWT. Dari Timur iaitu Nusantara maka Islam akan bergerak semula ke Tanah Arab. Susunan ini sudah sepatutnya menjelaskan bahawa Islam sekarang sedang berpusat di Nusantara tetapi tanpa Daulah dan Khalifahnya. Kemana Islam berpusat maka ada dua perkara yg akan mengiringi Islam iaitu Ahlul Bait dan Al Quran. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka akan terjadilah seperti pesanan Rasulullah saw. Inilah masalahnya yg terjadi sekarang. Bukankah apa yg umat Islam perlakukan kepada ahlul bait Baginda maka itu juga yg sedang diperlakukan oleh orang kafir terhadap umat Islam. Baginda sudah memaklumkan bahawa Bani Hasyim akan terpinggir selepas zaman Baginda sehinggalah datang Pemuda dari Timur untuk mengembalikan semula hak pada yg hak. Apa yg akan terjadi diakhir zaman ini sudah Rasulullah saw kabarkan. Rasulullah saw adalah sumber cahaya, Syaidina Ali ra seumpama pintunya dan ahlul bait seumpama kuncinya. Apa yg ada pada umat Islam sekarang? Ahlul bait bukan milik Syiah. Sunnah bukan milik sunni. Kiblat bukan milik Wahabi. Islam itu milik Allah. Maka ambillah Islam itu dari sumber yg dijamin.

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku, Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan ahlil baitku”

Walaupun ayat Al Quran sudah selesai diturunkan tetapi fungsinya masih diperlukan. Ada ilmu yg tersembunyi didalam Al Quran dan ahlul bait Baginda adalah pemegang kunci terakhir. Ummul Kitab adalah kunci terakhir kepada semua pembuktian daripada Allah SWT. Rasulullah saw yg membuka kunci awal Al Quran dan ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri tanggungjawab Baginda. Dengan terbukanya kunci terakhir melalui ahlul bait Baginda maka akan terbongkarlah segala kerahsiaan Al Quran yg tersimpan selama ini. Ini menandakan dunia sudah akhir zaman. Baginda yg memulakan tugas di akhir zaman maka ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri akhir zaman. Jika Baginda bermula dengan keadaan asing maka ahlul bait Baginda juga akan bermula dalam keadaan asing. Yg alpa dan lalai akan terus dialpakan dan dilalaikan dengan segala kesenangan dunia yg hanya tinggal sedikit saja lagi. Yg memegang pesanan akan mencari walaupun terpaksa berangkak didalam salji. Yg ingat akan selalu diingat.

Sesungguhnya menghidupkan Islam didunia ini ada tertibnya. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk cahaya kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw pula menyampaikan wahyu dalam bentuk perkataan kepada manusia. Setelah kewafatan Baginda maka cahaya wahyu itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda. Jika perhubungan ahlul bait dengan manusia terputus maka terputuslah cahaya Al Quran dengan manusia. Manusia boleh terus menggunakan Al Quran tetapi apa erti Al Quran tanpa cahayanya. Nur Muhamad seumpama cermin yg membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia. Maka Nur Ilahi pada Al Quran dibiaskan ke Rasulullah saw dan seterusnya cahaya itu dibiaskan ke Syaidina Ali ra. Cahaya itu terpecah dua ke Syaidina Hasan ra. dan Syaidina Husin ra. dan seterusnya kepada ahlul bait yg bertaraf Imam dan cahaya itu bersatu kembali pada Imam Mahdi dan seterusnya Nur muhamad itu kembali semula ke Rasulullah saw. Dimana ia bermula disitu ianya berakhir. Manusia yg bersama cahaya itu seumpama kaum Nuh yg menaiki bahtera itu.

Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku diantara kalian adalah seperti kapal Nuh diantara kaumnya. Barangsiapa menaikinya , iapun selamat dan siapa tertinggal olehnya, iapun tenggelam,” ( HR. Al Hakim ).

Salamun Alaik

Assalamua’laika ayyuhan nabiyyu warohmatullohi wabarokatuh- Assalamualaika Ya Rasulullah
-Assalamu a’laina wa a’la ibadillah hissolihin.

- Assalamualaika Ya Jibril AlaihiSalam

- Assalamualaika Ya Mikail AlaihiSalam

- Assalamualaika Ya Israfil AlaihiSalam

- Assalamualaika Ya Izrail AlaihiSalam

- Assalamualaika Ya Malaaikatillahil Muqorrobin

\- Assalamualaika Ya Adamu Sufiullah

- Assalamualaika Ya Nuhun Najiyullah.

- Assalamualaika Ya Ibrahimu Khalilullah

- Assalamualaika Ya Ismailu Zabihullah

- Assalamualaika Ya Musa Kalimullah

- Assalamualaika Ya Daud Khalifatullah,

- Assalamualaika Ya Isa Ruhullah,

- Assalamualaika Ya Sulaiman
alaihissalam
- Assalamualaika Ya Khidir alaihissalam
- Assalamualaika Ya Zalqarnain, alaihissalam

-
Assalamualaika Ya Ali bin Abi Thalib r.a, wa Fatimatah Zahra’

-
Assalamualaika Ya Hasan bin Ali r.a
-
Assalamualaika Ya Husein bin Ali r.a

-
Assalamualaika Ya Ali Zainal Abidin r.a
-
Assalamualaika Ya Mohammad Baqir
r.a
-
Assalamualaika Ya Ja'far Shodiq
r.a
-
Assalamualaika Ya Musa Kadzim
r.a
-
Assalamualaika Ya Ali Ridha
r.a
-
Assalamualaika Ya Muhammad Jawwad
r.a
-
Assalamualaika Ya Ali Hadi r.a
-
Assalamualaika Ya Hasan Askari
r.a
-
Assalamualaika Ya Muhammad AlMahdi
r.a


Nur Muhammad

Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang Nur Muhammad
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal KhutbahTentang Tawasul dan Rabitah.
Ramai di kalangan orang yang tidak berhati-hati dan tiada mengaji tentang ilmu Tasawuf terus menolak amalan Tawasul dan amalan rabitah.Sebenarnya kita mungkin rasa asing dalam kedua-dua amalan ini kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”.
Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ‘ain pun tidak selari dengan ulama terdahulu macammana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?

9/02/2009

PEMIMPIN KEBENARAN -Wakil Tuhan Di Muka Bumi

"Mereka bertanggungjwab kepada masyarakat untuk berkhidmat, memberi kasih sayang, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan negara."
Untuk mengisi era kebangkitan Islam di alaf baru ini, perlu dijelaskan kepada masyarakat Islam tentang sejarah, pemikiran dan peribadi pemimpin-pemimpin kebenaran sepanjang zaman.
Sebab kebangkitan Islam sedang terjadi, menuju puncak kegemilangannya yang sudah sangat dekat. Umpama azan dan iqamah. Kebangkitan Islam berlangsung membawa perubahan dari segala an berunsur jahiliah kepada cara hidup Islam. namun kebangkitan Islam tidak akan sempurna dan berjaya tanpa hadirnya pemimpin yang benar-benar mengamalkan, mengajarkan dan menegakkan hukum-hukum Tuhan, Pencipta, Pemilik dan Pengatur alam semesta.

Pemimpin adalah contoh dan lambang bagi masyarakat yang dipimpinnya. baik pemimpin, baiklah yang dipimpinnya. Jahat pemimpin, jahatlah yang dipimpinnya. Rasul SAW bersabda, terjemahannya:

"2 golongan dari umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ahli fiqh. (ulama) " (Riwayat Ibnu Abdul Barr dan Abu Naim)

Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebagai orang atasan yang antara mereka hampir-hampir mustahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak dapat pergi ke rumah pemimpin, apalagi secara jaga.Kekayaan dan kemewahan pemimpin tiada tara . Pakaian,makanan dan fasiliti hidup pemimpin sangat jauh bezanya dari apa yang rakyat peroleh. Pendek kata terdapat jurang pemisah yang sangat dalam yang memisahkan pemimpin dengan rakyat. Hampir-hampit tidak ada kaitan apa pun antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpinnya.Kalaupun ada hanyalah atas urusan rasmi, pemimpin di atas pentas dan rakyat di bawah. Dalam kesempatan seperti ini pemimpin akan menyampaikan pidato-pidatonya yang sangat rasmi untuk menaikkan semangat rakyat atau pengikutnya. Pemimpin akan membuat janji-janji manis untuk menarik simpati rakyat kepadanya. Disamping itu diselitkan unsur-unsur ancaman yang membuat rakyat berasa takut kalau tidak taat kepadanya.Setelah selesai berpidato, mereka berpisah, saling melupakan dan saling tidak mengenal antara satu sama lain. Begitulah bentuk kepimpinan dalam dunia jahiliah. Ia lebih merupakan satu jawatan yang menjadikan seseorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani hidup yang mewah dan senang.Dalam Islam, pemimpin adalah khadam kepada umat. Sabda nabi SAW yang ertinya:-

"Pemimpin sesuatu kaum itu ialah orang yang berkhidmat kepada mereka." (Riwayat Al Hakim)

Menjadi pemimpin ertinya menjadi orang yang berkhidmat kepada rakyatnya kerana Tuhan. Mereka seolah-olah menjadi ayah kepada anak-anak atau menjadi guru kepada murid. Ertinya menjadi pemimpin bukan memegang jawatan besar dan bergaji besar, tetapi memikul tanggungjawab yang berat. Seorang ayah tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang.Seorang guru tidak pernah membiarkan muridnya menghadapi masalahnya sendiri. Begitulah semestinya sikap seorang pemimpin. Dia tidak berlebih-lebihan sehingga pengikutnya terbiar dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang-senang, sementara ada pengikutnya dalam kesusahan.

Pemimpin ialah Khalifah Allah, pengganti Allah di muka bumi. Allah
yang melantik dan menaikkannya
. Ia bertanggungjawab untuk menjalankan dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan. kesemuanya termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah.Sebagai wakil Allah. Pemimpin-pemimpin itu adalah orang yang kenal Allah, faham mkehendak-kehendak- Nya, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan, faham hukum-hakam yang datang dari Allah dan tahu melaksanakannya. Sewaktu melantik mereka, Allah seolah-olah berkata begini:

" Bumi ini Aku yang punya. manusia-manusia itu hamba-hambaKU. Aku mahu bumi ini dan hamba-hambaKu itu dikelola, diurus, dididik dan dipimpin dan dimajukan dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, Aku melantik kamu menjadi wakilKu untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan seperti yang Aku telah tunjukkan dalam Al Quran dan Sunnah nabiKu."

Mereka bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk menjalankan kerja-
kerja yang Allah perintahkan. yakni berkhidmat memberi kasih sayang
kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menghurus,
menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan
negara.
Allah mahu semua hamba-hambaNya dipimpin dan diurus dengan baik agar
semuanya mendapat pelayanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat
dari Allah SWT di dunia ini. Untuk itu, segala harta benda dan
khazanah-khazanah perbendaharaan negara diserahkan ke tangan mereka.
Supaya senang dibahagi-bahagikan dengan adil dan menyediakan keperluan masyarakat dan negara. Hingga negara berada dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan.

artikel C&P