11/19/2009

Sedikit C&P tentang Imam Almahdi

Menurut bahasa Arab pula, istilah al-Mahdi atau Mahdi bererti ‘orang yang mendapat
petunjuk’. Dari segi istilahnya pula, petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk dari Allah, iaitu sama
dengan petunjuk yang pernah diterima oleh keempat-empat orang Khalifah Rasulullah SAW dahulu.
Petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk untuk membawa seluruh manusia kepada Allah,
petunjuk dalam kepemimpinan mereka dan petunjuk khusus untuk diri mereka, yang tidak didapat
oleh sebarang-barang orang, pada sebarang-barang masa dan pada sebarang-barang tempat sahaja.
Mereka menjadi laluan untuk orang ramai mendapatkan Tuhan mereka, sehingga mereka
menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati mereka, sentiasa basah di hujung lidah
mereka, sentiasa bergerak pada setiap suku anggota tubuh badan mereka, sentiasa turun dan naik
bersama-sama turun dan naiknya nafas mereka, sentiasa hidup bersama-sama roh mereka dan sentiasa
mencahayai akal fikiran mereka. Tuhan itulah cinta kasih mereka, cinta agung mereka, malah segalagalanya
Tuhanlah yang dihadapkan, seterusnya menjadikan mereka bangsa yang tinggi imannya, tinggi
takwanya, tinggi amalannya, tinggi agamanya dan tinggi sebutannya. Perkara-perkara inilah yang perlu
diperjuangkan semula oleh kita, agar kita mendapatkannya semula, suatu permata paling berharga
yang telah sekian lama hilang dari dalam diri kita. Tenggelam ditelan oleh lubuk lumpur jahiliyah kali
kedua yang lebih dikenali oleh kita sebagai jahiliyah moden.
Juga dimaksudkan bahawa sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi itu setelah
munculnya kelak, akan diberikan petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya,
akhiratnya dan dunianya. Dan orang yang tidak mahu mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat oleh
mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah.

No comments:

Post a Comment