2/12/2010

TARIQAT

TARIQAT
Tariqat ialah bagi memilih jalan yang lebih selamat pada segala amalan dan segala pekerjaan serta meninggalkan perkara-perkara yang dianggap menjadi kesamaran seperti hendaklah kita memilih jalan Wara`. Wara` di sini bukanlah bererti seseorang itu asyik memegang tasbih sahaja sehingga tiada mahu ia berusaha dan bekerja sepertimana yang dikehen-dakki oleh Syariat akan tetapi Wara` yang dikehendaki di sini
ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh ulama. Imam Al-Ghazali telah membahagikan Wara` itu kepada empat bahagian iaitu:
a. Wara` Orang Kebanyakkan. Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah Ta`ala dan ini adalah Wara` orang yang sedang berada pada darjat Syariat.
b. Wara` Orang Yang Soleh. Iaitu Wara` bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang samar-samar hukumnya (syubhat) perkara ini jika dikerjakan tidaklah menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Syariat akan tetapi menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Tariqat.
c. Wara’ Orang Yang Muttaqin (takut pada Allah Ta`ala) Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan barang yang tiada mengapa jika dikerjakan tiada jadi makruh dan tiada pula Khilafu Aula ini adalah kerana takut luput (hilang) barang yang diantaranya dan diantara Allah Ta`ala daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya.
d. Wara’ Orang Yang Siddiqin (orang-orang yang benar)
Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang menyebabkan terasing diantaranya dan di antara Allah Ta`ala daripada segala jenis perkara yang membinasakan agama Allah Ta`ala dan hatinya.

No comments:

Post a Comment