2/27/2013

PERPECAHAN UMAT MUHAMMAD

Sebuah hadith Nabi saw berkaitan dengan golongan satu tersebut seperti matan berikut: Maknanya: ..dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72. Di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama.ah.. (H.R. Abu Dawud) 1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran. 2. Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian berpecah menjadi 20 aliran. 3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran. 4. Kaum Murjiah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau sudah kafir. 5. Kaum Najariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran. 6. Kaum Jabariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini "majbur" ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran. 7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.

No comments:

Post a Comment