Rasulullah S.A.W bersabda: "Seandainya bumi ini tinggal satu hari sahaja, maka Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dibangkitkan seorang lelaki dari kalangan umatku dari kalangan Ahlul Baitku, namanya sama dengan namaku, akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman."
9/27/2009
Al-Aqsa....Kemenangan Sebenar Umat Islam
Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.
Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.
Palestina, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.
Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi Imam Solat bagi para Nabi dan Rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligurs menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati…
Pada saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahi menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan
untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya. Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment