9/03/2009

SUATU KISAH

2 Ramadhan, menyimpan satu sejarah yang amat bererti kepada umat Rasul saw berlaku pada 150 hijrah bersamaan 730 masihi. Setelah hampir 100 tahun Ahlul Bait disembunyikan dan kerajaan Umaiyah bergolak, sekumpulan Ahlul Hayat yang diketuai oleh Al Syeikh Jalali Kubro dan Al Syeikh Jamali Kubro bersama 500 orang telah berlayar dari Haidratulmaut Yaman ke nusantara. Ini adalah misi mencari yang pertama atas arahan Al Sharif Muhamad Al Hawari seorang penguasa di Yaman.

Rombongan ini telah singgah di Ghujurat, India dan telah membawa bersama seorang lelaki yang bernama Al Muharis Ibni Al Hariun dari keturunan Syaidina Abu Bakar Ra. Rombongan ini telah sampai ke pulau pertemuan pada waktu asar 2 Ramadhan 155 hijrah, Rombongan ini telah berkemah di pulau pertemuan dan mula membuat perancangan mencari. Misi ini terdiri 10 buah kapal dan telah berpecah kepada 5 didalam usaha menjejaki Ahul Bait yang disembunyikan. Al Syeikh Jalali Kubro bersama 4 buah kapal telah belayar kearah utara dan bersama-samanya Al Muharis Ibni Al Hariun. Al Syeikh Jamali Kubro bersama 2 buah kapal terus ke arah matahari terbit. Al Syeikh Muhammad Al Bukhari, Al Syeikh Harmi Al Bustami dan Syeikh Karim Al Hamatakmir Al Mutawakil setiap seorang mengetuai sebuah kapal telah bergerak ke arah kepulauan jawa dan selatan sumatera.

Usaha mencari telah dirancang untuk mengambilkan Ahul Bait sebagai khalifah pemerintah setelah merosotnya pemerintahan umaiyah. Rombongan misi mencari telah diminta kembali ke Pulau Pertemuan (Pulau Besar) pada tahun ke 10 dengan atau tanpa Ahlul Bait yang ditemui. 10 tahun pada 2 Ramadhan 165 hijrah hanya 1 kapal yang di ketuai oleh Al Syeikh Jamali Kubro kembali bersama 25 orang anak kapal. Al Syeikh Jamali Kubro telah membuat keputusan menetap di Pulau Besar sambil menunggu rombongan yang lain kembali. Hampir 10 tahun menunggu tiada khabar dari ahli2 rombongan yang lain. Pada 175 hijrah sebuah kapal telah mendarat di Pulau Besar, kapal yang dinaiki Al Sultan Zainal Ariffin (Zaid bin Usalmah) bersama Al Syeikh Ismail Yussof Al Hassan.

Kedua-duanya ketika itu berumur hampir 200 thn, Tanpa mengetahui yang kedua-duanya itu Ahlul Bait yang dicari Al Syeikh Jamali Kubro terus menjadi murid kepada Al Syeikh Ismail Yussof Al Hassan. Al Sultan Zainal Ariffin telah kembali ke kepulauan Riau Linggi dimana beliau menjadi Al Sultan disana. Dan pada 2 ramadhan 179 hijrah, 5 buah kapal yang terawal kembali bersama didalam kapal yang kembali tersebut Abu Saad Abu Waqas, Salman Al Haras, Abu Harim Al Hamizi. Inilah pertemuan kembali mereka yang terpisah hampir 150 tahun dan pertemuan ini juga menjadi pertemuan terakhir diantara mereka. Al Syeikh Jamali Kubro telah bertemu dengan Ahlul Bait yang masih hidup ketika itu dan telah diminta untuk berjanji agar tidak membocorkan rahsia akan pertemuan ini.

2 Ramadhan 179 hijrah dikenali juga sebagai "hari lesu" atau "hari berdiam" kerana kelesuan mereka2 yang mencari tetapi masih belum menemui dan hari rahsia diminta disimpan, selepasnya solat magrib rombongan yang bertemu telah berpisah sekali lagi tetapi kali ini meninggalkan Al Syeikh Yussof Al Hassan bersama seorang cicitnya yang berumur 5 tahun bersamanya. Selang beberapa tahun sebuah kapal singgah di Pulau Besar untuk mendapatkan bekalan air, dan nakhoda kapal tersebut adalah Syed Al Bukri Al Bukhari dan Al Syeikh Yussof telah menumpangkan cicitnya tersebut kembali ke Yaman.

Pada 3 Ramadhan 239 hijrah bersamaan 818 masihi pada umur 63 tahun cicit Al Syeikh Yussof Al Hassan telah kembali ke Pulau Pertemuan buat pertama kalinya, beliau juga dikenali sebagai Al Syeikh Abdul Kadir Al Jalani Rahmatullah beliau tiba bersama Al Syeikh Ibrahim Asmaro dan Al Syeikh Ismail Asmaro dan Khatib Ahmad Majnu Syeikh Al Hafiz Majnor. Ketika ini Nusantara berada di ambang pembangunan dengan kota Gangga, Lamuri, Pengkalan Banjar, Pagarroyong(Palembang) Ceribon, Langkasuka, Riau Linggi dan Pattani adalah kota2 besar yang makmur. Melaka telah dibangunkan sebagai sebuah pusat perkembangan ilmu dan ramai ahli ilmuan dari serata dunia telah datang untuk belajar dan menambah keilmuan disana........


C&P

No comments:

Post a Comment