9/03/2009

JALAN YANG DEKAT MENUJU KEPADA ALLAH TA`ALA

Marilah kita mengetahui pula apakah jalan yang dekat (Tariqat) untuk kita sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala mengikut kaedah Ahli-Ahli Sufi yang lazim pada babnya.
Pada ghalibnya bagi seseorang itu hendaklah memper-baiki dirinya mengikut asal kejadian alam dan manusia sebagai Khalifah Allah Ta`ala diatas bumi, iaitu bermula dari permulaan noktah (tempat memulakan sesuatu) iaitu yang sempurna mukallaf serta menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah dan menfardhukan Islam keatas dirinya serta sedia ia menjaga memelihara dan mempertahankan kemulian (maruah) Agama, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Airnya daripada segala seterunya dan seteru Allah Ta`ala.
Pada ghalibnya seseorang murid yang benar-benar men-jalani tariqat untuk menyampaikan dirinya kepada Haqiqat sana itu akan menempuh sembilan perkara, yang menjadi pokok peraturannya dan tiada dapat tiada bagi sesiapa jua yang ingin hatinya sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala perlu menempuh kesembilan-sembilan pokok peraturan ini dan sesi- apa jua yang berjaya menempuhnya insya Allah Ta`ala ia akan sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan dibuka
oleh Allah Ta`ala akan pintu-pintu pengertian dan diterangkan dadanya dengan cahaya Ilmu-Ilmu umpama ilmu Iman, Islam, Ihsan, Yakin, Lathoif, Israr, Makrifah, Khasyaf, Mukafahah, Karamah yang hakiki. Maka dengan itu akan nyata segala perkara-perkara yang boleh memperbaiki diri dan akhlaknya untuk menaiki tangga Musyahadah dan Muraqabah akan Allah Ta`ala bagi setiap waktu, masa dan ketika semasa hidupnya.

PERTAMA : TAUBAT
KEDUA : QANA’AH
KETIGA : ZUHUD
KEEMPAT : BELAJAR ILMU SYARAK
KELIMA : MENGHORMATI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
KEENAM : TAWAKKAL
KETUJUH : IKHLAS
KELAPAN : UZLAH
KESEMBILAN : HIFZUL AUQAAT-Iaitu Menjaga Masa.

Kita sembang bab ni satu -persatu lain kali....InsyaAllah

1 comment: