"Mereka bertanggungjwab kepada masyarakat untuk berkhidmat, memberi kasih sayang, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan negara."
Untuk mengisi era kebangkitan Islam di alaf baru ini, perlu dijelaskan kepada masyarakat Islam tentang sejarah, pemikiran dan peribadi pemimpin-pemimpin kebenaran sepanjang zaman. Sebab kebangkitan Islam sedang terjadi, menuju puncak kegemilangannya yang sudah sangat dekat. Umpama azan dan iqamah. Kebangkitan Islam berlangsung membawa perubahan dari segala an berunsur jahiliah kepada cara hidup Islam. namun kebangkitan Islam tidak akan sempurna dan berjaya tanpa hadirnya pemimpin yang benar-benar mengamalkan, mengajarkan dan menegakkan hukum-hukum Tuhan, Pencipta, Pemilik dan Pengatur alam semesta.
Pemimpin adalah contoh dan lambang bagi masyarakat yang dipimpinnya. baik pemimpin, baiklah yang dipimpinnya. Jahat pemimpin, jahatlah yang dipimpinnya. Rasul SAW bersabda, terjemahannya:
"2 golongan dari umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ahli fiqh. (ulama) " (Riwayat Ibnu Abdul Barr dan Abu Naim)
Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebagai orang atasan yang antara mereka hampir-hampir mustahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak dapat pergi ke rumah pemimpin, apalagi secara jaga.Kekayaan dan kemewahan pemimpin tiada tara . Pakaian,makanan dan fasiliti hidup pemimpin sangat jauh bezanya dari apa yang rakyat peroleh. Pendek kata terdapat jurang pemisah yang sangat dalam yang memisahkan pemimpin dengan rakyat. Hampir-hampit tidak ada kaitan apa pun antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpinnya.Kalaupun ada hanyalah atas urusan rasmi, pemimpin di atas pentas dan rakyat di bawah. Dalam kesempatan seperti ini pemimpin akan menyampaikan pidato-pidatonya yang sangat rasmi untuk menaikkan semangat rakyat atau pengikutnya. Pemimpin akan membuat janji-janji manis untuk menarik simpati rakyat kepadanya. Disamping itu diselitkan unsur-unsur ancaman yang membuat rakyat berasa takut kalau tidak taat kepadanya.Setelah selesai berpidato, mereka berpisah, saling melupakan dan saling tidak mengenal antara satu sama lain. Begitulah bentuk kepimpinan dalam dunia jahiliah. Ia lebih merupakan satu jawatan yang menjadikan seseorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani hidup yang mewah dan senang.Dalam Islam, pemimpin adalah khadam kepada umat. Sabda nabi SAW yang ertinya:-
"Pemimpin sesuatu kaum itu ialah orang yang berkhidmat kepada mereka." (Riwayat Al Hakim)
Menjadi pemimpin ertinya menjadi orang yang berkhidmat kepada rakyatnya kerana Tuhan. Mereka seolah-olah menjadi ayah kepada anak-anak atau menjadi guru kepada murid. Ertinya menjadi pemimpin bukan memegang jawatan besar dan bergaji besar, tetapi memikul tanggungjawab yang berat. Seorang ayah tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang.Seorang guru tidak pernah membiarkan muridnya menghadapi masalahnya sendiri. Begitulah semestinya sikap seorang pemimpin. Dia tidak berlebih-lebihan sehingga pengikutnya terbiar dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang-senang, sementara ada pengikutnya dalam kesusahan.
Pemimpin ialah Khalifah Allah, pengganti Allah di muka bumi. Allah
yang melantik dan menaikkannya. Ia bertanggungjawab untuk menjalankan dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan. kesemuanya termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah.Sebagai wakil Allah. Pemimpin-pemimpin itu adalah orang yang kenal Allah, faham mkehendak-kehendak- Nya, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan, faham hukum-hakam yang datang dari Allah dan tahu melaksanakannya. Sewaktu melantik mereka, Allah seolah-olah berkata begini:
" Bumi ini Aku yang punya. manusia-manusia itu hamba-hambaKU. Aku mahu bumi ini dan hamba-hambaKu itu dikelola, diurus, dididik dan dipimpin dan dimajukan dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, Aku melantik kamu menjadi wakilKu untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan seperti yang Aku telah tunjukkan dalam Al Quran dan Sunnah nabiKu."
Mereka bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk menjalankan kerja-
kerja yang Allah perintahkan. yakni berkhidmat memberi kasih sayang
kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menghurus,
menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan
negara.Allah mahu semua hamba-hambaNya dipimpin dan diurus dengan baik agar
semuanya mendapat pelayanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat
dari Allah SWT di dunia ini. Untuk itu, segala harta benda dan
khazanah-khazanah perbendaharaan negara diserahkan ke tangan mereka. Supaya senang dibahagi-bahagikan dengan adil dan menyediakan keperluan masyarakat dan negara. Hingga negara berada dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan.
artikel C&P
No comments:
Post a Comment